Hiburan

Tekanan Hidup, K-Pop Idol Goo Hara Cuba Bunuh Diri

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Tekanan Hidup, K-Pop Idol Goo Hara Cuba Bunuh Diri

Jika anda mengikuti berita dunia hiburan Korea, pasti mengetahui berita mengejutkan melibatkan bekas ahli kumpulan Kara, Goo Hara bertindak mahu membunuh diri.

Pada 26 Mei, media Korea melaporkan bahawa Goo Hara cuba membunuh diri dalam sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Cheongdam, Seoul.

Lagi misteri apabila Hara meninggalkan kapsyen “Annyeong” (Selamat Tinggal) di Instagramnya. Keadaan itu membuatkan pengurus terus menghubungi wanita muda itu bagi memastikan keadaannya. Walaubagaimanapun, Hara tidak menjawab panggilan tersebut, lantas pengurus bergegas ke rumah dan mendapati Hara tidak sedarkan diri di dalam bilik penuh kepulan asap.

Lewat tengah malam, Goo Hara dipindahkan ke hospital. Goo Hara masih tidak sedarkan diri tetapi pernafasan dan nadinya normal.

Goo Hara mendedahkan dirinya lebam satu badan akibat didera bekas teman lelaki. Foto – Dispatch

Sebelum ini, Goo Hara berdepan kemelut kes penderaan fizikal dengan bekas teman lelakinya. Hara tampil mendedahkan foto-foto kecederaan serta hasil rawatan yang diterima dari pakar ortopedik selepas didera tanpa belas kasihan oleh bekas teman lelaki yang khabarnya merupakan seorang jururias rambut profesional.

Baca : Badan Penuh Lebam Dan Bisul, Bintang K-Pop Kongsi Foto Didera Teman Lelaki

RUJUKAN

BACA  Ayu Sungguh Avril Lavigne Tampil Berjubah Dan Berselendang (3 Gambar)