Lip tint, trend K-Beauty yang boleh kamu cuba kalau tak suka pakai gincu bibir.
Apa sebenarnya lip tint dan bezanya dengan gincu biasa? Cecair dengan warna pekat disapu pada bibir untuk mencipta ilusi kemerahan bibir bagi gaya semulajadi. Walaupun warnanya tahan lama, selesa tapi ia juga cepat kering dan menyebabkan bibir menggelupas, lagi-lagi untuk yang bibir kering. Gaya bibir lip tint bukanlah seperti gincu biasa, ia dipakai memberi bentuk warna ombre iaitu pekat bahagian dalam bibir diikuti cerah pada luar.
Baca : Bibir Ala Gadis Korea! Ini Cara Betul Nak Pakai ‘Lip Tint’
Tapi jika anda ingin mencari lip tint yang memberi kemasan semulajadi, tahan lama dan tidak kering, beberapa lip tint di bawah antara yang mendapat respon positif pengguna.
Peripera Ink Airy Velvet
Ramai mengatakan lip tint ini antara yang terbaik pernah mereka pakai. Muncul dalam pembungkusan yang baru dan bergaya, lip tint ini mempunyai rasa yang tidak berat dan kemasan matte, bahkan tekstur lembut membuatkan bibir selesa seharian.
Benefit Cheek & Lip Stain
Lip stain klasik ini meninggalkan rona pink ceri yang cukup memikat di pemakai. Sifatnya yang multifungsi, tidak pakai di bibir sahaja tapi di pipi juga.
innisfree Vivid Cotton Ink
Diperkayakan dengan formula Shine Essence Oil Complex – minyak camellia, biji mangga, alpukat dan minyak biji kapas yang memberikan warna sambil mengekalkan kelembapan dari dalam di samping merawat dan melembutkan bibir. Rumusannya dioles ke bibir dengan tekstur berkilat, tetapi akan meninggalkan kemasan matte serta tahan seharian.
Laneige Tattoo Lip Tint
Diformulasikan dengan cecair tetapi ia memberi kemasan ringan yang terasa nyaman pada bibir serta langsung tidak mengeringkan bila dipakai seharian.
Mamonde Creamy Tint Squeeze Lip
Formula yang diperkayakan dengan kelembapan 28% dari Rose Water untuk menghidrat dan memberi mungil serta kesin tidak kering sepanjang hari. Menariknya lip tint ini mempunyai 10 warna berbeza dalam spektrum merah, merah jambu, oren dan nude.
Hera Sensual Tint
Rata-rata pengguna bersetuju lip tint ini selesa dipakai tanpa meninggalkan rasa melekit dan berat pada bibir. Ia juga mengandungi teknologi tampalan pigmen untuk memberikan warna kekal tanpa perlu banyak touch-up.
Dior Addict Lip Tattoo
Lip tint jenis matte ini mampu kekal lama pada bibir berjam lamanya dan sangat tahan lasak. Ada 9 pilihan rona mengikut semua tona kulit.
Jadi, kalau tak suka pakai gincu tapi masih nak beri warna pada bibir. Cuba sahaja Lip Tint! Jom cantik sama-sama.