Kulit putih dan bersih sempurna adalah impian setiap wanita.
Untuk itu, jenama produk penjagaan wajah terkenal Dr.Wu adalah jawapannya! Setiap wanita kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pil dan jarum suntikan apabila Dr. Wu Glutalight™ Whitening System telah mempelopori penggunaan Glutathione sebagai bahan penjagaan kulit, dengan menggunakan teknologi Jepun yang telah dipatenkan.
Glutathione telah sekian lama digunakan secara oral sebagai suplemen yang kaya antioksida bagi mencerahkan kulit dan menjadi bahan utama dalam suntikan pemutihan. Diformulakan daripada bahan-bahan termaju seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside) Hyalo-Oligo®, Ekstrak Silybum Marianum, Vitamin B3, B5 dan B6, rangkaian terbaharu ini merupakan kuasa pemutih menyeluruh terunggul.
Kebaikan Dr.Wu Glutalight Whitening System
Kajian terperinci dibuat oleh makmal Dr. Wu menunjukkan bahawa untuk mendapatkan kulit licin bagai porselin, penjagaan kulit haruslah bersifat pelbagai aspek. Pertamanya, perlu melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV dan radikal bebas berbahaya. Ini merupakan punca utama kemerosotan dan kegelapan kulit. Ia juga harus mampu menyekat kulit daripada mengeluarkan terlalu banyak melanin. Melanin bertanggungjawab menggelapkan warna kulit seseorang – lebih banyak melanin, lebih gelap warna kulit.
Ketiga, perlu membantu kulit menterbalikkan kerosakan yang ada, seperti pigmentasi dan noda hitam disebabkan sinaran UV yang merosakkan kulit. Terakhir pula sebuah produk pemutih kulit juga perlu menghidrat kulit secara mendalam untuk menjadikan ia lembut dan anjal sepanjang proses pencerahan sekaligus memberi kesan yang cantik secara menyeluruh.
Kandungan Bahan Dr.Wu Glutalight Whitening System
- Glutathione berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV, selain pada masa sama menyekat pengeluran melanin yang menggelapkan kulit.
- AA2G (Ascorbyl Glucoside) untuk memanjangkan tempoh menyekat pengeluaran melanin.
- Bahan penstabil Hyalo-Oligo®, iaitu sejenis Asid Hialuronik versi molekul kecil atau mikro yang membolehkan ia lebih cepat menembusi sel kulit untuk kesan hidrat lebih efektif dan tahan lama.
- Ekstrak Silybum Marianum daripada susu thistle(tumbuhan liar dalam famili Composital) melindungi daripada tindak balas oksidatif yang merosakkan kulit.
- Vitamin B3 untuk mencerahkan noda-noda hitam dan pigmentasi.
- Vitamin B5 dan B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk melegakan keradangan dan melembapkan kulit.
Dr. Wu Glutalight Whitening System akan berada di semua cawangan Sasa seluruh negara bermula Mei 2019.