Siapa sangka sudah setahun diva Rihanna menetap di London secara rahsia.
Memilih mendiami sebuah rumah agam yang sewanya £16,000 seminggu di London, Rihanna dilaporkan sudah tinggal selama setahun. Hal ini selepas pengasas kosmetik Fenty Beauty secara ringkas mendedahkan dalam satu wawancara.
Bukan biasa-biasa, penyanyi lagu Umbrella tinggal di sebuah rumah tujuh bilik tidur yang menakjubkan, bernilai £30 juta, di salah satu kawasan paling eksklusif di ibu negara. Rumah sewa tersebut lengkap dengan gimnasium, taman landskap, pemanasan bawah lantai dan ruang tempat letak kereta, serba sempurna memenuhi kehendak Rihanna.
“Rumah itu miliki ciri idaman Rihanna. Ia mempunyai tujuh bilik tidur, berada di kawasan yang sangat eksklusif dengan kejiranan yang menghormati privasi sehingga dia boleh datang dan pergi tanpa sebarang gangguan,” jelas satu sumber terdekat.
Sejak berita Rihanna menetap di London tersebar, rata-rata peminat terkejut malah langsung tidak menjangkakan perkara tersebut.
Peminat ni pun tak akan semua benda nak kena beritahu… LOL