Muzik

Kenali Bae Yoon Jung, Choreographer Seksi Yang Cipta Tarian K-Pop Paling Ikonik

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kenali Bae Yoon Jung, Choreographer Seksi Yang Cipta Tarian K-Pop Paling Ikonik

Pasti anda pernah melihat wajah wanita tegas ini di saat menilai para pelajar dalam program TV.

Seorang veteran dalam industri K-Pop, anda mungkin mengingatnya sebagai hakim dan guru tarian dalam rancangan ‘Produce I.O.I’ dan ‘Hit The Stage.

Dikenali dengan gaya seksi dan feminin, Bae Yoon Jung telah mencipta beberapa tarian terkenal untuk artis seperti Brown Eyed Girls (Abracadabra), Kara (Mister, Mamma Mia), EXID (Up and Down, Ah Yeah), T-ara (Bo Beep Bo Beep, Lovey Dovey) dan Girls Day (Expectation, Something) serta IOI (Pick Me). Tarian yang boleh dianggap ikonik dan masih diingati sehingga ke hari ini.

Bercakap dalam program TV ‘Radio Star’, choreographer Bae Yoon Jung menjelaskan setiap rekaan dicipta ringkas tetapi mempunyai titik highlight yang membuatnya diingati. Sebagai contoh, Brown Eyed Girls ‘Abracadabra’ ambil inspirasi daripada senaman meregangkan tulang pelvis, Kara ‘Mister’ pula seorang lelaki yang ingin mengurat wanita di sebuah kelab malam dengan menggoyangkan pinggulnya. Menarikkan?

Brown Eyed Girls – Abracadabra

EXID – Up and Down

Kara – Mister

T-Ara – Lovey Dovey

IOI – Pick Me

Semua gerak tari wanita 30-an ini legend!