Kesihatan

Bagaimana Cara Nak Kurangkan Gagap Ketika Bercakap?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Bagaimana Cara Nak Kurangkan Gagap Ketika Bercakap?

Gagap adalah gangguan komunikasi yang dihadapi oleh sesetengah individu. Gangguan ini bukan sahaja menjejaskan komunikasi si penghidap malah turut memberi kesan kepada orang di sekelilingnya ketika berkomunikasi. Ada kajian yang menagitkannya dengan sebagai penyakit keturunan.

IKLAN

Individu yang menghadapi gejala ini cenderung untuk mengulangi sebahagian perkataan atau mengambil masa yang lebih lama untuk menghabiskan perkataan. Perkara ini adalah normal untuk kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun yang sedang memupuk kemahiran bercakap mereka. Namun bagi orang dewasa yang menghadapi masalah ini, jangan cepat berputus asa dan anda mungkin boleh mencuba teknik-teknik ini untuk mengatasinya.

Bercakap secara perlahan-lahan

Ambil masa anda untuk menghabiskan sesuatu ayat. Bercakap dengan kadar yang lebih perlahan akan membantu seseorang merangka terlebih dahulu kata-kata yang mahu diucapkan dalam fikiran. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan pertuturan akan  menjadi dengan lebih baik. Jika kerap diamalkan lama -kelamaan frekuensi gagap akan menurun dan membuatkan pertuturan menjadi lebih lancar dan cepat.

Menarik nafas dalam-dalam

Jika stres menjadi punca anda berbicara gagap, tarik nafas sedalam- dalamnya  sebelum anda meneruskan pertuturan yang tersangkut. Latihan pernafasan seperti ini boleh membantu menenangkan. Seperkara lagi, pernafasan yang betul akan memberi waktu jeda antara kata-kata. Kita akan mengalami kesukaran untuk bercakap ketika dalam keadaan pernafasan yang tersekat-sekat.

Foto – Jewish Mom

Membaca dengan kuat

Latihan membaca dengan kuat akan memberi  konsentrasi ketika bertutur. Ketika membaca, cuba sebutkan perkataan tersebut berulang-ulang dan cuba cari  nada dan kadar kelajuan yang bersesuaian. Selain itu, latihan ini juga akan membantu anda memilih dan menggantikan perkataan yang lebih mudah dan lancar disebut.

Berlatih bercakap dengan nada seperti bernyanyi

Gagap hanya berlaku ketika bercakap tetapi tidak semasa menyanyi. Walaupun tidak dapat dikenalpasti sebabnya, tapi cuba gunakan teknik ini dalam memperbaiki pertuturan. Mungkin kedengaran lucu, namun cubalah berbicara dengan irama seperti sedang berpidato, anda lebih mudah untuk mengekalkan konsentrasi ketika berbicara.

Foto – Today’s Parent

Berfikiran positif

Buang perasaan rendah diri dan jangan malu untuk bercakap. Sentiasa positif yang kekurangan boleh diperbaiki dan diatasi. Minta sokongan orang di sekeliling anda  dalam mencapai masalah ini. Masalah ini bukan boleh diatasi hanya dalam sehari dua, jadi jangan putus asa dan terus konsisten untuk mengatasinya .

Jika anda tidak mampu mengatasinya sendiri atau kondisi semakin memburuk, mintalah bantuan pakar.

IKLAN