Untuk mengetahui apakah seseorang mengalami skizofrenia, seorang doktor biasanya akan menemubual pesakit, teman dan keluarga si pesakit.
Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.
Tanda-tanda premorbid (pra-sakit) pre-skizofrenia antara lain:
1. Tidak mampu mengekspresikan emosi (bersikap acuh tak acuh, jarang tersenyum, dan raut wajah yang tidak gembira)
2. Terjadi penyimpangan komunikasi. Pesakit sukar berbicara secara terarah dan cenderung menyimpang dari perbualan dan sering ulang perkara yang sama.
3. Mengalami gangguan tumpuan (tidak mampu memberi tumpuan, mengekalkan, atau memindahkan atensi)
4. Mengalami gangguan perilaku (bersikap tertutup, pemalu, tidak disiplin, tidak suka bersosial, tidak rasa senang, terganggu tanpa alasan yang jelas)
Orang dengan gangguan skizofrenia mempunyai sekurang-kurangnya satu dari gejala-gejala berikut:
1. Halusinasi. Pesakit mendengar suara manusia atau suara lain yang sebenarnya tidak nyata, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2. Delusi. Pesakit mempercayai sesuatu yang tidak nyata; menginterpretasikan dunia yang berbeza dengan kenyataan.
3. Tidak bersemangat.
4. Tabiat tidak merawat diri dengan baik.
Selain gejala umum di atas, ada beberapa gejala psikotik (disebut juga sebagai gejala tingkat-pertama). Gejala psikotik membuat skizofrenia lebih mudah dikesan pada seseorang. Berikut ini adalah gejala psikotik:
1. Mendengar fikiran sendiri seperti berbicara dengannya.
2. Merasa bahawa ada dorongan dari luar yang berusaha memasukkan atau mengeluarkan fikiran tertentu dari otak.
3. Merasa bahawa orang lain boleh membaca fikirannya.
4. Merasa bahawa sebuah dorongan dari luar telah membuatnya merasakan, menginginkan, atau melakukan sesuatu dengan cara tertentu
5. Mendengar suara-suara orang yang berkata mengenainya.
6. Mendengar suara yang mengiringi apa yang sedang dia lakukan
7. Berpakaian atau berpenampilan aneh
8. Berperilaku seperti anak kecil, marah-marah atau berteriak tanpa alasan yang jelas
9. Mengalami gangguan katatonik (katatonia), seperti berdiri lama, mengangkat kening sepanjang masa, dan berjalan dengan jari kaki
Baru-baru ini, penyanyi Aina Abdul ada menyelirkan elemen kemurungan serta perihal penyakit Skizofrenia dalam muzik video berjudul Sumpah. Hal ini demi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahan itu yang sebenarnya banyak meracuni individu hari ini.
Baca : Aina Abdul Cetus Magis Dalam Single Baharu “Sumpah” Bersama Qi Razali
Sekarang dah faham?