Walaupun kehangatan Festival Filem Cannes 2019 sudah sampai ke penghujungnya tapi fesyen setiap selebriti yang hadir masih lagi jadi bualan. Salah satu ialah diva Bollywood masa kini, Deepika Padukone.
Beliau sangat mega, gah, vogue, memukau semua mata di karpet merah Cannes 2019. Dalam masa 24 jam, Deepika tampil dalam 6 persalinan berbeza. Gaun haute? Check. Barangan Kemas? Check. Dandanan rambut? Check. Mekap? Check. Segalanya sempurna!
Merupakan duta L’Oreal, Deepika menguasai karpet merah dengan caranya yang tersendiri. Aktres manis itu dilihat sentiasa bersedia mengambil risiko mengenakan busana paling extravaganza, yang gamaknya seperti Met Gala. Lihat sahaja gaun haute hitam putih dengan perincian reben besar, aksesori turban dilengkapkan untuk gaya gaun rona hijau daun pisang, bahkan juga gaun kembang digaya bersama sneakers. Bukan itu sahaja, fesyen luar biasa Deepika membolehkannya dipilih sebagai “Best Dressed” oleh majalah Vogue.
#1
#2
#3
#4
#5
#6
Antara semua looks, yang mana paling korang suka?