Tips

Hidup Lebih Gembira! Tips Mudah Eratkan Perhubungan Dengan Orang Sekeliling

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Hidup Lebih Gembira! Tips Mudah Eratkan Perhubungan Dengan Orang Sekeliling

Beri senyuman paling manis kepada pekerja Starbucks satu cara paling mudah untuk hidup gembira. Hulurkan derma kepada pasangan kurang upaya yang mencari rezeki mendendangkan lagu klasik setiap kali anda melalui jalan ke pejabat. Meluangkan masa satu jam menikmati makan tengahari bersama rakan sekerja untuk menghilangkan rasa lelah dan penat serta tekanan tugasan kerja. Sebenarnya banyak cara untuk hidup dengan gembira walaupun anda sekadar melakukan perkara sekecil zarah, ternyata ia membuatkan anda dan orang sekeliling rasa gembira dan bahagia.

Giphy

Mungkin tips di bawah ini boleh anda praktik agar hidup tidak kosong.

Kongsi Payung

Apabila hujan, kongsi payung anda dengan sesiapa sahaja yang memerlukan – termasuk orang yang tidak dikenali. Perlakuan ini mudah sahaja tetapi begitu bermakna kerana ia petanda rasa timbang rasa masyarakat kita. Siapa tahu satu hari nanti giliran anda pula ditawarkan payung di saat anda memerlukannya?

Senyum

Senyuman manis mampu menimbulkan rasa senang di hati sesiapa yang melihat, jadi perbanyakkan senyum. Bukan sahaja orang lain gembira, anda juga jadi ceria!

Ucap Terima Kasih

Pelayan restoran membersihkan meja supaya anda tidak perlu melakukannya. Ucapkanlah terima kasih kepadanya!

Beri Ruang

Apabila di dalam tren, bas atau lif yang sesak, masuklah ke dalam seberapa yang boleh agar orang lain juga dapat memasukinya. Cuba bayangkan berapa lamakah agaknya mereka telah menunggu. Jika anda di tempat mereka, sudah pasti anda juga ingin supaya mereka bertimbang rasa!

Perlahankan Muzik

Jangan mainkan muzik anda terlalu kuat, terutama sekali di tempat awam. Bukan semua orang mempunyai citarasa muzik seperti anda. Lebih baik dengar seorang diri sahaja.

Berdiri Di Sebelah Kiri

Ketika menaiki tangga atau eskalator, ikut peraturan dan berdiri di sebelah kiri untuk memberi laluan kepada mereka yang mungkin sedang mengejar masa.

Berbual

Berinteraksilah dengan orang di meja makan anda. Jangan bermain dengan telefon atau berbalas mesej dengan orang lain! Jika anda tidak berbual dengan orang di hadapan, bagaimana nak tahu kisah menarik yang mereka mungkin ada?

Tawar Bantuan

Akan sentiasa ada mereka yang memerlukan pertolongan anda! Adakah kawan anda bercadang berpindah rumah? Adakan ‘parti mengemas’ dan bantu dia mengemas secara sukarela!

Selamat Beramal!

BACA  Idea Hadiah Berguna Untuk BFF Yang Pindah Masuk Rumah Baru