Bilionaire termuda, Kylie Jenner bakal mengeluarkan bayi baru. Bayi baru yang dimaksudkan ialah produk penjagaan wajah “Kylie Skin”. Sesuatu yang diidamkan Kylie sejak di usia remaja lagi.
Bakal dilancarkan pada 22 Mei nanti, Kylie Skin mengandungi foaming face wash, walnut face scrub, vanilla milk toner, face moisturiser, vitamin c serum dan eye cream, yang didatangkan dalam pembungkusan serba comel rona merah jambu. Walaubagaimanapun, salah satu produk tersebut teruk dicemuh netizen kerana bahan yang digunakan hanya akan merosakkan kulit muka bukannya membaik pulih seperti yang dikatakan Kylie.
https://www.instagram.com/p/BxVweuKBqGp/
Menjadikan walnut sebagai ramuan utama untuk skrub wajah, ternyata ia memberi reputasi buruk pada Kylie kerana sifat walnut yang kasar dan keras dilaporkan tidak elok untuk kulit. Bukan itu sahaja, penggunaan setiap hari boleh merosakkan kulit serta timbulnya jerawat.
Menurut ahli kecantikan, Lauri Shea, yang mendapati ramai pelanggannya mengalami masalah kulit selepas menggunakan walnut sebagai pengelupasan. Walnut merengsa lapisan atas kulit, menjadikannya mudah terdedah kepada bakteria, yang kemudian menyebabkan masalah kulit yang lebih banyak, mulai dari meradang hingga jerawat.
walnut face scrub. my secret to a fresh face. xo, Kylie pic.twitter.com/zRPwqKv0HA
— Kylie Skin (@kylieskin) May 14, 2019
Kylie mengesyorkan menggunakan skrub walnut dua hingga tiga kali seminggu. Namun, dia juga mengatakan bahawa ia cukup lembut untuk digunakan setiap hari. “Sesetengah skrub wajah walnut agak kasar pada kulit, tapi ini tidak terlalu kasar.
Keadaan ini membuatkan netizen naik hantu malah mempertikaikan bagaimana Kylie mempunyai akses kepada pakar dermatologi dan ahli estetik terbaik di dunia namun dia memilih mengeluarkan skrub wajah dari walnut yang secara terangan akan memberi mimpi ngeri kepada jutaan gadis.
Imagine trying to market walnut scrub as gentle, first off.
2nd, lol 2-3 times a week?! 🥴 https://t.co/fTwSg6pMS6
— Aprill💕 (@HeyAprill) May 14, 2019
https://twitter.com/WizzKhaleesi/status/1127374756364288000?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1127374756364288000&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.mashable.com%2Fculture%2F3815%2Fheres-why-everyones-mad-about-kylie-jenners-new-walnut-scrub
Jadi apa yang baik untuk rutin pengelupasan? Penting untuk diingatkan bahawa kulit setiap orang adalah berbeza dan bahan-bahan yang berfungsi untuk kita tidak semestinya sempurna untuk yang lain. Sebaiknya, jika anda mengalami masalah kulit, anda harus berunding dengan pakar dermatologi, individu yang benar-benar arif tentang kulit wajah.
Pertimbangkan membeli produk pengelupasan yang bersifat lembut, dan memadai menggunakannya sekali seminggu untuk melihat tindak balas pada kulit.
Jangan mudah terpengaruh dan kenali kulit anda!