Sikap masyarakat yang terlalu obses untuk kelihatan cantik menyebabkan ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk menjalani pembedahan komestik. Pembedahan plastik merupakan hal yang sangat peribadi, ada orang sanggup merubah diri kerana masalah keyakinan diri, ada pula hanya mahu kelihatan seperti idola kegemaran, ada pula sekadar mengikuti teman rapat dan mahu mencuba sesuatu yang baru.
Paling kerap dilakukan wanita ialah pembesaran payudara. Kourtney Kardashian contohnya yang menjalani implans payudara di usia muda dengan membesarkan saiz sedia asal mengaku menyesal berbuat demikian.
Ada juga beberapa selebriti yang pada mulanya menyukai perubahan diri tetapi lama-kelamaan mulai rasa kepayahan. Sama ada mereka merasakan saiz yang dibuat tidak sesuai atau impak kepada tahap kesihatan yang memudaratkan.
Siapa mereka yang dimaksudkan?
Heather Morris
Bintang “Glee” mengaku membuang implan payudara kerana dia tidak boleh menjadi aktif seperti dahulu, saiz payudaranya setelah melakukan pembedahan tidak sesuai dan tidak selesa.
“Sukar untuk aktif dengannya, kerana dada saya selalu sakit. Sakit yang sangat menyeksakan, sehingga satu hari saya nekad membuangnya!”
Victoria Beckham
Victoria Beckham antara selebriti yang kemaruk dengan pembedahan plastik. Kerana saiz payudara yang kecil, usahawab berjaya ini bertindak melakukan implan tetapi menyesal di kemudian harinya. Menurut Victoria, dia membuang implan kerana saiz dan rupa berbeza seperti apa yang diidamkan.
Heidi Montag
Wanita ini memang terkenal dengan pembedahan plastik. Dia merubah diri 100% dan rasanya tiada satu di fizikal adalah asli. Heidi memberitahu saiz F implannya merosakkan tisu payudara, jadi dia telah membuang impala demi keselamatan dan kesihatan.
“Ia terlalu berat untuk badan saya dan saya berasa sangat sakit dan tidak selesa sepanjang masa”.
Adrienne Bailon
Penyanyi The Cheetah Girls dan bekas teman wanita Rob Kardashian memberitahu dia membuang implan payudara kerana merasakan tidak selamat. Dia berkata pada awalnya dia melakukan pembedahan pada usia 19 tahun semata-mata untuk kelihatan seksi dan cantik tapi ternyata dia rasa tidak senang apabila orang asyik memandang payudaranya sahaja.
Pamela Anderson
Walaupun tubuh badannya yang seksi menjadi igauan lelaki tetapi ternyata ikon seks Pamela Anderson langsung tidak rasa bahagia.
“Hanya dengan payudara yang besar itu, ia tidak mendatangkan apa-apa kebahagiaan. Saya merasa tidak selamat, malah kosong lagi, jelasnya kepada Entertainment Tonight.
Walaupun dah berhabisan duit masih rasa kosong, tak bahagia. Kenapa ye?