Anda penggemar sandal Crocs?
Melihat pada reka bentuknya, ramai mengganggap sandal ini selesa. Tetapi tahukah seorang pakar Institut Tulang dan Sendi Illinois di Chicago, Dr Megan Leahy telah mengesahkan sandal Crocs tidak sesuai digunakan sehari suntuk atau dalam jangka masa yang panjang.
Baca : Kajian : Pakar Sahkan Sandal Crocs Tidak Sesuai Dipakai Lama
Tapi bukan itu yang penulis ingin tegaskan. Baru-baru ini mendapat perhatian di internet, jenama beg tangan Optari mengambil inspirasi Crocs dengan mereka cipta beg tote. Produk yang disifatkan tahan lama dan ringan didatang dalam pelbagai pilihan warna yang mudah disesuaikan yang benar-benar menonjol dari orang ramai. Bukan itu sahaja, kerana rekaan yang fun, beg ini boleh dipakaikan untuk perempuan di semua peringkat umur.
Inilah Beg Tangan Optari, Inspirasi Crocs
Untuk kanak-kanak sesuailah pakai beg tangan Optari, nampak kecomelan. Tapi yang dewasa, lain macam tengok…