Pernah anda berhadapan dengan situasi si kawan tiba-tiba menghilangkan diri? Tiba-tiba menjauhkan diri daripada anda? Sedangkan anda langsung tidak tahu-menahu kenapa dia berbuat demikian. Anda mula memikirkan adakah anda mengatakan sesuatu kepadanya sehingga dia bertindak begitu. Ya, setiap orang punirai reaksi yang berbeza terhadap sesuatu, mungkin anda merasakan ianya gurauan tetapi kawan sebaliknya. Atau mungkin mereka merasa tersinggung atas sesuatu yang anda tidak maksudkan. Boleh jadi kerana sikap manusia susah untuk dinilai.
Berikut adalah beberapa zodiak menurut kajian paling mudah tersinggung, berhubungan dengan mereka jelas memenatkan kerana sikap yang moody memanjang.
Capricorn (22 Disember – 20 Januari)
Capricorn adalah zodiak yang sangat bekerja keras dalam semua hal, dan jika mereka tidak mendapat pengiktirafan sepatutnya, mereka mudah terasa. Zodiak ini juga cenderung menerima segala perkara terlalu peribadi, sehingga mudah tersinggung terhadap hal-hal sederhana dan kecil.
Scorpio (23 Oktober – 22 November)
Satu lagi seperti Capricorn ialah Scorpio. Zodiak yang miliki banyak emosi, mereka mudah tersinggung akan hal-hal kecil dan sering bertindak balas terhadap sesuatu yang berlaku pada masa akan datang. Adakalanya tiada siapa yang akan tahu jika sesuatu hal itu boleh menyinggung perasaan si zodiak Scorpion.
Virgo (23 Ogos – 23 September)
Virgo adalah zodiak yang bisa menjadi sangat kritis terhadap orang lain dan diri sendiri. Ketika merasa ada yang salah dan tidak sempurna, mereka biasa tersinggung akan hal kecil yang dikatakan orang lain. Jadi, hati-hati mangan sampai terguris perasaan mereka.
Sabar berkawan dengan mereka ye…