IKLAN
Hiburan

Menangis Tengok Jet Peribadi Rapper Drake Bernilai Ratusan Jutaan Ringgit

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Menangis Tengok Jet Peribadi Rapper Drake Bernilai Ratusan Jutaan Ringgit

Miliki jet peribadi, siapa sahaja yang mampu. Mungkin Rosmah Mansor mampu!

IKLAN

Rapper hebat asal Kanada, Drake mendedahkan jet peribadinya yang baru, sebuah pesawat Boeing 767 ‘Air Drake’ yang telah digambarkan sebagai “kegilaan yang luar biasa”.

Dalam video yang dikongsi ke halaman Instagram, Drake seronok mendedahkan bahagian dalam dan luar pesawat barunya yang cukup gah itu. Kabin dengan ruang besar dilengkapi kerusi kulit yang selesa, sofa baldu serta kemasan lantai permaidani. Terdapat juga meja, lampu dan TV skrin lebar.

Dilaporkan pesawat peribadi itu boleh memuatkan sehingga 30 tempat duduk dan bernilai $185 juta tanpa sebarang penyesuaian. Drake juga tidak menyediakan sebarang khidmat penyewaan pesawat peribadinya itu.

Foto – Insider

Penciptaan pesawat itu merupakan kerjasama antara Drake dan CargoJet, syarikat perkapalan Kanada.

RUJUKAN

IKLAN