Tips

Seronoknya Melancong Bagai Orang Kaya Ikut Cara Universal Traveller!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Seronoknya Melancong Bagai Orang Kaya Ikut Cara Universal Traveller!

Jauh perjalanan, luas pengalaman!

IKLAN

Ya, melancong memang menyeronokkan. Tapi yang tidak seronok bila perlu mengemas bagasi, manakan baju yang perlu dibawa, cuaca di tempat orang, barangan mandi, makanan lagi, bagasi terlalu kecil untuk memuatkan pelbagai barang anda.

Bagaimana nak menikmati perjalanan yang selamat tanpa kerisauan? Di bawah ada beberapa petua asas tentang cara untuk mengembara dengan selesa dan penuh bergaya tanpa berbelanja banyak dan memberikan peluang berjimat dan berbelanja secara berhemah.

Pilih Bagasi

Bayangkan sahaja jika anda jenis yang suka membeli-belah, habis semua benda mahu diborong, bagasi dengan compartment yang praktikal, kukuh serta tahan lama tentu sekali pilihan terbaik.

Foto – Arkib Wanista

Wanista cadangkan, Beg Urbanite Ledge 28 Inci berwarna biru gelap, baldu merah dan merah jambu mekar cukup besar untuk menyimpan semua buah tangan anda. Beg beroda pemutar 360 darjah untuk menjamin pergerakan lancar di atas permukaan berbeza, ini tidak mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang lain meskipun ditarik merentasi jalan berbatu pada waktu tengah malam.

Susun Pakaian Dengan Teratur

Jika Marie Kondo menggunakan teknik lipatan membulat, anda boleh guna cara mereka yang kerap merantau melipat dan mengatur pakaian secara menegak supaya anda boleh memuatkan lebih banyak barang. Di samping itu, alat simpan atur seperti beg vakum dan kiub penyimpanan yang bergaya daripada Universal Traveller akan membantu anda menyusun pakaian dan aksesori dalam beg-beg lebih kecil. Ini membolehkan pakaian dalam beg pakaian diambil tanpa mengeluarkan seluruh kandungan bagasi.

Foto – Arkib Wanista

Klik Untuk Penuhi Keperluan Perjalanan

Bukankah sekarang sangat mudah, segalanya dihujung jari. Anda tidak perlu bersusah-payah memandu ke pelbagai tempat untuk mencari keperluan, dapatkan sahaja di Universal Traveller di Shopee. Macam-macam ada, antaranya adapter kembara kepada beg galas kegunaan lasak, kantung dan kunci mahupun but salji, beg kasut, pemanas, penimbang bagasi dan bagasi kanak-kanak yang boleh dibeli di hujung jari.

Untuk pengetahuan anda, Universal Traveller akan menganjurkan Super Brand Day pertama di Shopee pada 16 Mei. Walaubagaimanapun, sambutan akan diadakan pada 13 Mei hingga 17 Mei dengan hari bertema supaya rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun hebat sehingga 70%, di samping tawaran hebat serta promosi eksklusif.

Foto – Arkib Wanista
  • Daily Shocking Sale– dapatkan tawaran serendah RM99 untuk bagasi.
  • Daily Happy Hour– terima potongan 30% dari jam 8pm hingga 11.59pm dengan kejutan tambahan pada 16 Mei 2019.
  • Baucar Hebat Harian – nikmati potongan 15% dengan perbelanjaan minimum RM180.
  • Tawaran Hari Ini Sahaja– rebut tawaran, baucar dan hadiah menarik yang sememangnya hebat setiap hari.
  • Shopee Live– saksikan pengaliran langsung di aplikasi Shopee pada jam 8.30pm untuk dapatkan petua dan cara untuk menjadi pelancong bergaya. Malah anda berpeluang untuk memenangi baucer daripada Universal Traveller.
  • Penghantaran Percuma– nikmati penghantaran percuma di seluruh kedai, terutamanya bagi bagasi tanpa perbelanjaan minimum.

Info lanjut tentang Universal Traveller Super Brand Day, boleh ke [Shopee] sekarang!

IKLAN