Tips

Selfie K-pop Idol Cantik Sebab Tak Ada 5 Benda Ni!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Selfie K-pop Idol Cantik Sebab Tak Ada 5 Benda Ni!

Bae Suzy, Sandara Park, Blackpink Jisoo, Hyuna serta ramai lagi K-Pop Idol terkenal dengan selfie yang cantik-cantik. Tak puas kita menatap raut wajah flawless mereka, memang bikin cemburu.

IKLAN

Agaknya apa rahsia mereka untuk perfect selfie? Mungkinkah mereka ada pantang larang? Kenapa kita tak boleh dapatkan selfie sebegitu?

Selfie memang tidak mendatangkan masalah cuma kadangkala kita akan mengambil sehingga berpuluh-puluh atau ratusan semata-mata untuk dapatkan selfie yang terbaik. Iyelah siapa yang mahukan selfie yang buruk, lagi pula kalau rupa paras cacat cela. Aduhai sadis pengikut yang melihat. Mood terus down kerana sampai bila mahu memuat naik foto dengan melakukan penapisan dan menyembunyikan kecacatan di wajah. Walaupun benda kecil tetapi keyakinan terus merudum sebab selfie azab kerana tidak menggunakan sebarang filter.

Perhati dan belajar dari beberapa bintang Korea kegemaran, ini 5 benda yang mereka tak ada setiap kali selfie.

Bibir Berkerak

Anda ingat cantiklah bibir berkerak, kering, pecah-pecah? Untuk itu, paling penting nak bagi seri wajah ialah mengenakan gincu. Bila dah pakai gincu berkenan, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahagian itu mengalami kekeringan dan kelihatan pecah-pecah. Ada anda nampak bibir Suzy berkerak?

Foto – Instagram Suzy

Tak Bermaya

Bila tak bermaya maka akan nampak kering. Bila dah kering terus selfie kelihatan agak buruk, sehingga kamu tidak lalu mahu melihatnya. Untuk itu, pelembap dan primer adalah jawapannya. Ramai merasakan pelembap hanya membuatkan muka berminyak dan primer langsung tak perlu dipakai. Salah tau! Walaupun kesannya tidak kelihatan di dalam foto, tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap.

Kesempurnaan

Apa maksud penulis dengan kesempurnaan? Okay, maksudnya jangan terlalu scripted, cuba berseronok bila selfie. Tahukah, personaliti seseorang dapat dinilai berdasarkan foto, jadi, kenapa perlu malu? Jadilah diri anda sendiri kerana itu lebih menyeronokan. Kalau anda rasa anda seorang yang happy-go-lucky, cubalah buat gaya mimik muka yang pelbagai bagi memberi variasi yang pelbagai kepada foto selfie anda nanti.

Foto – Instagram Irene Kim

Mata Sembap

Mata sembap, mata panda, semua itu boleh mencacatkan penampilan. Cara nak sembunyikan mata sembap ialah dengan meletakkan concealer di bawah mata. Ia sangat penting untuk membuatkan mata  kelihatan terbuka dan lebih cantik. Gunakan concealer satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda. Atau boleh juga mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda pop-out dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat.

Parut Jerawat

Apa persamaan setiap K-Pop Idol? Kulit wajah yang sempurna. Sebenarnya paling penting ialah mendapatkan kulit wajah yang bersih dan bebas dari sebarang cela. Itulah kunci untuk keyakinan, keberanian dan kebahagiaan seseorang. Bila kulit kita bersih, tak payah pakai mekap cukup hanya pelembap dan krim matahari sebagai pelindung. Lagi satu anda boleh selfie dengan rasa senang hati pada bila dan di mana sahaja tanpa ada rasa sangsi. Boleh sahaja selfie #IWokeUpLikeThis bak Blackpink Jennie. Tak teringin ke?

IKLAN
Foto – Instagram Jennie

Bagaimana pula kalau kulit wajah tak sempurna dengan parut jerawat? Pasti inginkan produk merawat parut jerawat yang dapat memberi kesan dalam sekelip mata. Dermatix Acne Scar sedia membantu! Pakar kulit di Eropah telah merumus gel terbaharu unik yang menggabungkan silikon, Vitamin E, ramuan anti-oksida & peningkat kecantikan ActivGCS untuk memperbaiki parut jerawat baharu dan lama. Dermatix Acne Scar terbukti dapat mengurangkan penampilan parut jerawat malah kesan awal dapat dilihat dalam masa sebulan, bergantung kepada situasi masing-masing.  

Jadi, selepas ini tiada alasan lagi untuk merendah diri dengan Dermatix Acne Scar. Info lanjut boleh lawati laman web rasmi Dermatix Malaysia atau dapatkan sahaja di farmasi-farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

Foto – Dermatix Acne Scar

Selepas ini ramailah yang tekan tanda suka pada foto selfie anda! Say Cheese ❤