Tahukah kamu bahawa waktu berbuka mereka ternyata lebih lambat daripada manusia sekalian alam yang tinggal di bangunan-bangunan lebih rendah mahupun di taman perumahan awam seperti kita?
Seperti yang dilaporkan portal berita albawaba.com sekitar 2011, penduduk Muslim yang menginap dari tingkat 80 dan ke atas bangunan Burj Khalifa harus melambatkan waktu berbuka mereka kira-kira dua hingga tiga minit lebih lambat daripada waktu berbuka biasa.
Ini kerana, waktu terbenamnya matahari dari penglihatan atas mengambil sedikit waktu lebih panjang seperti penjelasan yang dikeluarkan pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Dubai.
“Penduduk yang mendiami Burj Khalifa harus peka dengan waktu sahur dan berbuka mereka, bila mana masuknya waktu terbenam matahari dan bilakah waktu untuk menunaikan waktu maghrib bergantung kepada ras yang mereka diami”, jelas Ahmad Abdul Aziz Al Haddad, Ketua Bahagian Fatwa di Jabatan Hal Ehwal Islam Dubai.
Menurutnya lagi, penduduk muslim yang mendiami aras 80 hingga aras 150 di menara tertinggi di dunia itu harus melewatkan waktu berbuka mereka sekitar dua minit manakala penduduk yang mendiami aras 151 hingga 160 pula perlu melewatkan waktu berbuka mereka sekitar tiga minit.
Kesimpulannya, waktu solat di aras-aras yang berkenaan juga adalah berbeza mengikut ketepatan beza antara dua hingga tiga minit. Bagi yang menginap di aras 160 Burj Khalifa, ia merupakan kawasan paling lambat matahari dilihat terbenam.
Untuk pengetahuan semua, Burj Khalifa memiliki 163 aras secara keseluruhan dengan ketinggian 828 meter mengalahkan bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Shanghai Tower yang cuma memiliki ketinggian 632 meter dengan 128 aras.
SUMBER 1, 2