Fesyen

H&M Keluar Koleksi Kolaborasi Dengan Siri Original Netflix “Stranger Things”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
H&M Keluar Koleksi Kolaborasi Dengan Siri Original Netflix “Stranger Things”

H&M berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasinya bersama Netflix, tampil dengan koleksi berilhamkan terbitan Stranger Things yang bakal menyiarkan siri musim ketiga tidak lama lagi.

IKLAN
Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, koleksi kapsul Stranger Things bersama dengan H&M ini akan merangkumi helaian baju dan seluar untuk lelaki dan wanita, rangkaian  pakaian mandi, aksesori, dan lain-lain seperti lanyard wisel, selipar serta tuala mandi.

Dari kiri: Baju-T Crop: RM39.95, Seluar Dalam Bikini: RM39.95, Kemeja Floral: RM74.95 & Seluar Mandi Pendek: RM54.95. Foto -Arkib Wanista
Dari kiri: Tuala Mandi: (tiada harga), Sandal: RM54.95, Kaca Mata: RM39.95 & Lanyard: RM129.95. Foto -Arkib Wanista
Topi: RM39.95, Tank Top: RM44.95 & Celana Pendek Floral: (tiada harga). Foto -Arkib Wanista
Dari kiri: Baju Mandi: RM54.95, Topi Visor: RM39.95, Baju-T: RM39.95, Baju-T Berlogo: RM39.95 & Beg Fanny Pack: (tiada harga). Foto -Arkib Wanista

Secara ekslusifnya juga, kesemua koleksi ini hanya akan dipasarkan di H&M cawangan Lot10 dan menerusi platform atas talian di [hm.com] bermula 12 Jun ini. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/hmmalaysia].