Ramadhan & Aidilfitri

Solat Sunat Tarawih Di Rumah, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Solat Sunat Tarawih Di Rumah, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Setiap kali tibanya Ramadhan, ibadah yang paling dinantikan ialah Solat Sunat Tarawih. Pergelutan masa dan keadaan menyebabkan tidak semua orang dapat menunaikan solat dalam waktu yang sepatutnya. Jadi, ada yang memilih melakukan solat di rumah sahaja.

IKLAN

Boleh tapi ini yang perlu anda tahu…

Untuk pengetahuan kamu, solat tarawih boleh diadakan di mana sahaja sama ada secara berjemaah di masjid atau berseorangan di rumah. Lakukanlah selagi mana di tempat yang dibolehkan bersolat. Dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala, apatah lagi dikerjakan di masjid atau surau. Harus diingat tarawih boleh dikerjakan pada sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu dan mesti selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Pukul 12 tengah malam pun boleh bertarawih.

Foto – Sunah Sakura

Solat sunat tarawih boleh dilakukan secara bersendirian. Solat tarawih sama seperti solat sonat yang lain, ditunaikan dua rakat bermula dengan takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Lagi satu, selepas menunaikan solat tarawih, jangan lupa juga solat witir – 2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.

Jadi, tiada alasan untuk anda tidak mengerjakan solat ye…

RUJUKAN : 12

IKLAN