Kembara

Taman Tema LEGO Konsep Akuarium SEA LIFE Buka 9 Mei

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Taman Tema LEGO Konsep Akuarium SEA LIFE Buka 9 Mei

Bakal menjadi tarikan baharu bagi pengunjung yang hadir ke LEGOLAND Malaysia Resort di Johor, sebuah lagi pecahan taman tema berkonsepkan akuarium dijangka buka kepada umum pada tanggal 9 Mei, bermula esok.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah taman tema interaktif  LEGO berkonsepkan akuarium pertama di Malaysia dan lokasinya adalah bertempat di bersebelahan LEGOLAND Resort Malaysia.

Foto -Arkib Wanista

Selain ditemnai banyak monumen dan seisi dekorasi yang disertai karakter-karakter warna-warni yang dibina menggunakan LEGO, akuarium ini akan dipenuhi hidupan marin yang pelbagai, eksklusif buat ekspedisi keluarga yang menjanjikan keseronokan berganda.

Foto -Arkib Wanista

Bagi meraikan pencapaian ini, pihak LEGOLAND Malaysia Resort dengan berbesar hati memberi peluang kepada para pemegang pas tahunan LEGOLAND untuk memasuki ketiga-tiga buah taman tema yang ada pada satu harga dari 7 hingga 8 Mei 2019, hari ini.

Tonton Video Pengenalan LEGOLAND SEA LIFE Malaysia

Pengunjung yang mahu memasuki taman tema SEA LIFE Malaysia masih boleh menempah dan membeli pas “Triple-Park” pas tahunan pada harga promosi sehingga hari ini dan bagi yang membeli tiket kombo seharian tersebut, kamu layak mendapatkan akses kemasukan tanpa had berserta pas tahunan ke dua-dua taman tema termasuk LEGOLAND Theme Park dan LEGOLAND Water Park, berserta kemasukan percuma ke SEA LIFE!

Foto -Facebook/LEGOLAND.my

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/LEGOLAND.my] dan segala pembelian pas boleh dibuat [DI SINI].

BACA  Selalu Ke Korea Selatan, Aksi Anda Mungkin Dirakam. Wanista Dedah Cara Jijik Mereka