Review

Walau Berat Tapi Tak Bosan, 4 K-Drama Baru Pamer Plot Luar Biasa Best

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Walau Berat Tapi Tak Bosan, 4 K-Drama Baru Pamer Plot Luar Biasa Best

Bukan tentang percintaan si kaya dan miskin. Bukan tentang kehidupan yang serba sempurna tiada cacat cela. Tapi isu masalah sosial yang sering melanda kita hari ini tentang kepayahan memperoleh pekerjaan, bagaimana pendidikan merubah kehidupan seseorang, perit getir hidup si kaya, sikap hasad dengki dikalangan rakan seperjuangan, serta bermacam lagi plot menarik.

Di bawah antara 4 K-Drama yang memaparkan plot mantap pilihan Wanista. Kehebatan jalan cerita sehingga membawa drama tersebut merangkul kejayaan.

#1 My Mister

Foto – Twitter

Mendengarkan soundtrack “Adult” oleh Sondia, dapat kita tahu bertapa tragis drama ini. Dibebani dengan hutang-piutang menyebabkan gadis muda lakonan IU terpaksa berpindah randah membawa nenek yang cacat kurang upaya demi mendapatkan perlindungan tempat tinggal. Keadaan itu membuatkan dia menjadi pendiam, tidak mempunyai kawan, jauh menyepikan diri daripada kehidupan luar sehinggalah terdapat seorang lelaki berusia yang setia membantunya.

Jalan cerita ini cukup sadis dan menyakitkan, membuatkan air mata anda sentiasa bergenang melihatkan pergelutan kehidupan gadis muda yang amat payah.

#2 Sky Castle

Foto – IDN Times

Ada ditayangkan di Netflix Malaysia. Sky Castle menceritakan tentang kehidupan golongan elit yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendidikan terbaik anak mereka. Walaupun dalam keadaan terkutuk, semuanya demi menjaga status dan darjat. Drama satira, komedi hitam, jalan cerita yang mendebarkan, plot mantap, lakonan hebat serta sinematografi, semuanya Sky Castle ada.

P/S – Ramai K-Pop Idol kesayangan anda obses dengan Sky Castle.

#3 Kingdom

Foto – What’s on Netflix

Mula tayangan perdana pada 25 Januari, drama ini terusan mendapat sambutan luar biasa serata dunia malah mengumpul peminat tersendiri. Berdasarkan komik web, Kingdom of the Gods yang ditulis oleh Kim-Eun Hee, Kingdom menterjemahkan zaman Joseon (abad pertengahan) Korea, menceritakan putera mahkota mengetuai misi untuk menyiasat wabak hitam yang telah menghancurkan negaranya. Wabak hitam tersebut memakan penduduk sehingga menjadi zombi. Plot drama ini kuat membentangkan elemen persahabatan serta hasad dengki yang membawa kepada dendam antara satu sama lain.

Sayangnya kerana terdapat hanya enam episod dalam siri pertama, penonton teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada putera mahkota untuk menyelamatkan negaranya yang diserang zombi dalam siri kedua yang dijadualkan pada tahun hadapan.

#4 My First First Love

Foto – TaxiDrama

Tidak berat tapi siapa sangka jalan cerita drama ini lain daripada yang lain. Masih lagi bergenre romantik komedi tapi lainnya siapa sangka watak hero tidak mendapat apa yang diingini. Hero kedua pula yang diangkat. My First First Love kaya dengan elemen persahabatan menarik untuk ditonton. Sekumpulan teman tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Melalui satu sama lain, mereka menemui cinta, persahabatan, dan segalanya. Bagaimana kehidupan seharian yang suram terus bertukar gembira dengan kehadiran sahabat yang sentiasa ada bersama. My First First Love buat anda rasa bahagia melihat keikhlasan persahabatan mereka.

Pertama kali aktor Ji Soo memegang watak hero pertama dan DIA Chaeyeon luar biasa cantiknya.

Kesemua drama di atas merupakan pilihan peribadi penulis sendiri. Penulis suka kerana jalan cerita yang langsung tidak dijangka serta sinematografi cantik. Lagi satu, drama tipikal rom-com bukan stail penulis…

Selamat Menonton!

BACA  5 Perkara Sweet Wanista Suka Tentang K-Drama Baru "Her Private Life"