Fesyen, Ramadan & Aidilfitri

Trend Baju Raya 2019 Bikin Rambang Mata!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Trend Baju Raya 2019 Bikin Rambang Mata!

Sudah genap hari kedua kita sebagai umat Muslim berpuasa, sedar tidak sedar… Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi! Jadi berapa ramai di sini yang sudah mempersiapkan keperluan Hari Raya?

IKLAN

Sebagai seorang wanita yang mementingkan keterampilan, kamu pasti sudah semakin ghairah mencari-cari pakaian Hari Raya bagaimana yang hendak digayakan di pagi lebaran. Untuk memberi idea kepada kamu agar mampu berfesyen seiring trend namun, masih lagi mampu mengekalkan cita rasa yang sesuai dengan identiti diri, ini beberapa busana Aidilfitri dari pereka dan jenama tempatan yang memiliki rekaan paling hit menurut Wanista.

#1 Picisan Batik

Klisenya rekaan baju raya musim ini apabila ramai pereka mengekalkan corak floral sebagai pilihan fabrikasi utama. Namun, bagi pereka yang lebih bijak, mereka mencuba kelainan untuk mewujudkan suasana Aidilfitri musim bunga dengan masih lagi mengekalkan corak floral tetapi dengan penggunaan material klasik yang lebih kontemporari seperti batik -yang kemudian diterap dengan potongan busana moden untuk cipta gaya timeless!

Dari kiri: Bydalili, House of Bella Nasir, House of Bella Nasir

#2 Corak Kotak-Kotak

Terinspirasi dari corak kegemaran negara Britain yang lazimnya boleh dilihat pada pakaian kebangsaan jenis klit (skirt) yang dipakai oleh para pria Gaelic, asal Scotland, rata-rata rekaan busana Aidilfitri 2019 banyak yang memanfaatkan corak kotak-kotak versatile. Nampak manis dan comel, bagi kamu yang sukakan gaya funky dan eksentrik, boleh cuba gayakan kurung dan padanan kebaya yang menggunakan fabrikasi checkered sebegini.

Dari kiri: Soonaru, Rizalman for Zalora & Adrianna Yariqa.

#3 Kemunculan Semula Kurung Pahang

Nampaknya, ramai pereka fesyen kita tahun ini yang ligat menampilkan busana Aidilfitri yang diinspirasikan dari kurungn pahang. Dari sisi ke sisi, ia terlihat seperti potongan kurung moden yang akan mencekak bahagian pinggang secara jelas sebelum potongan kainnya terus kembang sehingga ke hujung. Sesuai sangatlah untuk yang berbadan langsing dan curvy tu!

Dari kiri: Rizalman For Zalora, Lilit & Petra

#4 Kebarung

IKLAN

Jika dilihat-lihat semula, kebarung atau kebaya labuh yang berpotongan longgar ini sebenarnya lebih artistik daripada kebaya pendek. Ini kerana, material yang digunakan lebih berjela membuatkan si pemakai tampak lebih elegan. Lebih-lebih lagi saat pakaian itu ditiup angin, helaian kebarung itu pasti berterbangan memancarkan aura keayuan si pemakainya. So sensational!

Dari kiri: Maslea, Maslea & Lubna

#5 Polos Berbutang

Penulis jatuh hati betul dengan rekaan yang polos begini. Minimalis dan comel sangat bila ada pula perincian butang disusun di beberapa bahagian pakaian dan kain. Simple tak semestinya tak cantik kan? 

Dari kiri: Lilit, Umma & Lilit

#6 Jalur Warna-Warni

Orang kata kalau nak nampak tinggi boleh pakai pakaian yang ada ilusi corak berjalur menegak, mungkin kamu perlukan bantuan untuk kelihatan lebih lampai? Boleh tahan cantik helaian-helaian yang bercorak jalur ni.

Dari kiri: Khoon Hooi, Odda KL, Khoon Hooi

Mana satu pilihan hati kamu untuk Aidilfitri kali ni?

Happy shopping! ❤