Kecantikan

Pancarkan Keyakinan Diri Guna Koleksi Revlon PhotoReady Candid Baharu

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pancarkan Keyakinan Diri Guna Koleksi Revlon PhotoReady Candid Baharu

Setelah sekian lama menjadi antara produk kosmetik mampu milik yang boleh didapati di gedung-gedung kecantikan  dan kesihatan seperti Guardian dan Watsons, Revlon baru-baru ini tampil dengan koleksi kosmetik yang diberi nafas baharu dipanggil Revlon PhotoReady Candid.

Terdiri daripada keperluan asas solekan seperti Rose Glow Hydrating & Illuminating Primer (RM65.90), Antioxidant Concealer (RM39.90), Natural Finish  Anti-Pollution Foundation (RM59.90) dan Anti-Pollution Setting Powder (RM49.90) yang rata-ratanya mampu melengkapi wajah kamu dengan hasil solekan natural yang bikin kulit kelihatan sihat dan menawan sepanjang hari.

Terdapat dalam pilihan warna yang sesuai untuk tona kulit paling cerah hinggalah paling gelap. Sumber: Pinterest

Untuk pengetahuan semua, setiap satu inovasi ini bakal memberikan kemasan solekan yang halus dan licin bagi membantu wanita menyerlahkan keyakinan diri mereka. Apabila kulit terlihat sihat tanpa solekan berlebihan sekaligus mampu menutup cela dengan sempurna, seseorang individu itu pasti terasa lebih nyaman biarpun perlu berhadapan dengan orang ramai dalam rutin harian mereka.

Hasil solekan natural selepas menggunakan koleksi Revlon PhtoReady Candid. Foto -Arkib Wanista

Bahan-bahan formula yang digunakan untuk membangunkan koleksi Revlon PhotoReady Candid ini juga diperakui kualiti dan keselamatannya dengan nutrisi  vitamin E, elemen anti pencemaran serta kaya dengan sifat antioksidan bagi melindungi kulit dari faktor pencemaran yang bisa mempengaruhi kemunculan penuaan.

Tonton Video Kempen Revlon PhotoReady Candid

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/RevlonMalaysia] atau lawat laman sesawang rasmi Revlon di [revlon.com].

BACA  Benda Baru Dari #SephoraSpring2019 Wanista Suka Korang Kena Ada