Walaupun banyak kecaman tetapi Harry Styles memang gah di Meg Gala 2019.
Tiba di karpet merah Met Gala 2019 yang berlangsung di Metropolitan Museum of Art, New York, Harry Styles bikin warga internet terdiam dengan penampilannya paling daring. Harry memilih sheer blouse beropol jarang yang menampakkan badannya dipadankan dengan seluar hitam. Tidak hanya itu, Harry melengkapkan gaya dengan kuku berwarna, aksesori cincin dan anting-anting gantung dari batu mutiara, juga bertumit tinggi.
Ditemani pereka Gucci, Alessandro Michele, fesyen anak muda 25 tahun ini menjadi buah mulut kerana konsepnya mengekalkan hak kesamarataan jantina. Pada yang tidak tahu, Harry merupakan antara selebriti yang lantang menyokong golongan LGBT, padanya ‘love is equal’ dan itu hak masing-masing.
No wonder dia dipilih sebagai ikon fesyen pilihan generasi muda hari ini. Mega Sangat!