Info Menarik

Alasan Kenapa Korang Kena Follow Instagram Datin Eina Azman!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Alasan Kenapa Korang Kena Follow Instagram Datin Eina Azman!

Ramadhan datang lagi!

IKLAN

Eh kejap apa kena mengena dengan tajuk di atas?

Penulis sebenarnya nak jelaskan kenapa korang kena follow Instagram Datin Eina Azman, lagi-lagi dalam bulan puasa, memang patut. Bayangkan kalau dah tak ada idea nak masak juadah berbuka, terus scroll IG si cantik ini – pelbagai makanan dan masakan ada di situ. Hanya klik mainkan sahaja, anda terus pakar bak profesional.

Bukan sebab pandai memasak sahaja yang menyebabkan content Instagram Datin Eina menarik, tapi ada faktor lain lagi.

Teruskan bacaan kalau nak tahu kenapa korang kena follow Datin Eina Azman..

Travel Sana-Sini Bikin Orang Cemburu

Eropah, Indonesia, Jepun, banyak lagi sudah merata Datin Eina pergi. Bukan berdua tetapi diangkut satu keluarga sampaikan pembantu peribadi dan teman rapat dapat merasa sekali. Murah rezeki Datin!

View this post on Instagram

Kecak day ! @datopadukakaiser @aubreykarl

IKLAN

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Si Kembar Aubrey dan Karl Yang Comel

Siapa yang tak suka tengok kerenah si kembar Aubrey dan Karl yang comel dan mencuit hati ini. Paling geram bila mereka berdua pakai pakaian yang matching.

View this post on Instagram

Forever πŸ‘«

A post shared by AriannaAubrey | KarlKareef (@aubreykarl) on

Fesyen ‘Couple Look’ Suami Isteri

Bukan orang Korea je yang gila ‘couple look’, pasangan Datuk dan Datin juga tak kurang hebatnya. Kombo hitam, putih, warna-warni, kaca mata, sepatu dan macam-macam lagi serasi bersama.

View this post on Instagram

πŸ‘«

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Himpunan Hermes Birkin

Jealous betul tengok koleksi tas tangan wanita tinggi lampai ini. Tapi paling kerap dalam koleksi ialah Hermes sama ada Birkin atau Grace Kelly, bukan satu tapi pelbagai warna ada.

View this post on Instagram

πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Hebat Gila Memasak

Bayangkan video memasak sahaja boleh mencecah ratusan sehingga jutaan tontonan di Instagram. Rasanya video Datin Eina memang laku sehingga memenuhi ruang explore. Lagi satu bukan kita-kita sahaja yang suka, golongan selebriti juga selalu ‘stalk’ bila nak cari resepi.

Suara Serak Yang Seksi

Tonton video bersama suaranya serak basah memberi arahan setiap resepi membuatkan video Datin makin syok ditonton. Penulis ada terbaca beberapa komen, setiap video memasak tanpa sebarang audio, akan ada follower yang kecewa kerana mahu mendengar suara Datin yang mengasyikkan itu.

Trademark “Is Done” Milik Datin Eina Azman

Ya, siapa yang pernah tonton video memasak Datin sahaja yang tahu akan benda ini. Rasanya dah trademark Datin, setiap kali penghabisan sesuatu resepi akan diakhiri dengan “…Is Done”. Selebriti lain tak boleh tiru ye.

Kalau tertarik, follow Datin Eina!