Sejak tahun 1948, Met Gala telah dihokan setiap tahun di Metropolitan Museum of Art di New York City. Acara ini berfungsi sebagai penggalangan dana untuk muzium, dan memulakan pembukaan pameran fesyen tahunan Costume Institute.
Setiap tahun, selebriti memakai persalinan paling berani dan seksi untuk acara tahunan Met Gala di New York City. Selama bertahun-tahun, bintang seperti Cher, Jennifer Lopez dan Kendall Jenner telah membuat twist mereka yang tersendiri pada trend “naked” atau telanjang semasa acara tersebut.
Wanista bawakan beberapa selebriti yang bikin ramai cemburu dengan fesyen paling daring yang menampakkan susuk tubuh seksi malah menggiurkan.
Tahun 1974 menyaksikan penyanyi lagenda Cher memulakan trend telanjang di karpet merah. Menyarung sheer dress jarang dengan perincian bulu.
Beyonce dengan hampir menayangkan keseluruhan tubuhnya ketika menghadiri Met Gala 2015.
Tak nak kalah! Pada tahun yang sama, Jennifer Lopez tampil dalam sheer dress jarang dengan perincian batu permata merah.
Berbulu sakan Rita Ora menghadiri Met Gala 2016 dengan tema “Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology”.
Paling Seksi jatuh kepada Kendall Jenner. Kendall hampir tidak memakai sebarang pakaian dalam, bahkan menampakkan sebahagian badan di bahagian belakang ketika menghadiri Met Gala 2017.
Cuba bayangkan tertanggal tali yang diikat reben. Mekap Zoë Kravitz menjadikannya cukup glamor sekali ketika menghadiri Met Gala 2018.
Anda rasa fesyen apa yang akan dibawakan para selebriti untuk Met Gala 2019. Katanya bertemakan ‘camp’, apa agaknya yang mereka akan pakai?