Keibubapaan

Masih Tiada Anak? Bersyukurlah Sebab Masih Boleh Rasa Nikmat…

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Masih Tiada Anak? Bersyukurlah Sebab Masih Boleh Rasa Nikmat…

Ketika bujang jenuh untuk menjawab soalan ‘bila nak kahwin?’ tapi bila sudah kahwin disogok pula soalan ‘bila hendak ada anak?’. Kalaulah kita itu tahu bila kahwin, beranak atau mati sungguh mudah betul hidup ini. 

IKLAN

Kadang ada manusia lupa hidup berdua bersama suami juga adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Percayalah bila ada orang ketiga dan seterusnya masa berdua kamu akan jadi mustahil. Ya, anak adalah pemberian rezeki paling besar tapi anda kena faham juga ada sebab juga kenapa anda masih belum memilikinya. 

Pendapat penulis, jika anda dan pasangan belum sampai setahun berkahwin tidak perlu mendesak diri. Cari masa dan nikmatilah waktu berdua ini.

Fokus pada pasangan

Jarak masa yang ada telah membuatkan kamu dan pasangan mengenali satu sama lain. Sudah hidup satu bumbung baru tahu baik dan buruk pasangan. Ambil waktu ini untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang kamu dan pasangan dan ada perkara yang ingin diperbaiki. Malah ini adalah ruang untuk merancang masa depan dengan baik dan teliti.

Foto – Freepik
Beribadah bersama

Apa yang paling menyeronokkan setelah berumah tangga iaitu dapat mengutip pahala bersama. Masing-masing punya waktu untuk mendirikan solat jemaah, mengaji dan melakukan ibadah yang lain. Bila sudah ada si kecil nanti waktu untuk jemaah mungkin agak sedikit sukar, iyalah kena bergilir-gilir menjaga.

Foto – Pesona Pengantin
Bebas

Bukan..bukan bila ada anak nanti kamu tidak bebas, apa yang dimaksudkan penulis ialah kamu dan pasangan mudah untuk kemana-mana sahaja. Segala urusan jadi pantas dan ia hanya tentang kamu dan isteri/suami. Perkara yang kamu ingin lakukan saat berdua juga boleh dikecapi ketika ini. Sebagai contoh ingin kembara ke destinasi baru. 

Foto – The Good Men Project
Lebih bersedia

Biar lambat, asal selamat. Mungkin ini juga untuk kamu dan pasangan menyiapkan diri, kewangan dan mental serta fizikal sebelum menimang cahaya mata. Sekurang-kurang kamu ada masa untuk belajar melihat dari pengalaman orang sekeliling yang sudah mempunyai anak. Terutamanya rakan-rakan sebaya belajar baik dan buruk dari mereka. 

Foto – Google

Anak bukan pengukur kebahagiaan, jika anda dapat isteri/suami, keluarga, kerja, kesihatan yang baik juga adalah tanda bahagia dan rezeki. Kecapilah nikmat berdua ini kerana ia mungkin tidak akan kembali lagi. Serius, cuba tanya pada diri..rindu tak masa zaman bercinta dulu? 

IKLAN