Selaku jenama kosmetik buatan Malaysia yang dijamin halal, Chriszen yang dahulunya popular kerana inovasi bedak asasnya yang hadir dalam botol beroda kini tampil dengan produk bedak asas baharu diberi nama Chriszen Match Matte Serum Foundation.
Apa yang menarik tentang bedak asas ini adalah ianya disertai serum di mana, molekul serum tersebut adalah cukup ampuh dan kecil sehingga mampu meresap ke dalam partikel kulit secara efektif bagi menyalurkan kelembapan optimum. Ini kerana, kebanyakkan bedak asas jenis matte jenama lain adalah mengeringkan kulit.
Dalam keadaan lain, jikalau pun kulit si pemakai mengalami kerosakan seperti ruam, berparut, berjerawat mahupun kerinng, serum tersebut dapat membaiki terus keadaan kulit dalam masa yang singkat dengan adanya bantuan kelembapan. Warna kulit juga akan lebih sekata.
Chriszen Match Matte Serum Foundation mengandungi 11 bahan hebat yang berasaskan sumber alami seperti ekstrak bearberry, extrak kernel oat, alga laut merah, ekstrak akar pohon herba licorice, Vitamin B3, ekstrak madu Hanuka, ekstrak daun lidah buaya dan banyak lagi! Kesemua ramuan ini hasilnya dapat mencerahkan kulit, bantu menghidrat kulit selain menjadi pelindung antioksidan yang menghalang keterjejasan radikal.
Dalam masa yang sama bedak asas ini juga bertekstur ringan dan mesra terhadap semua jenis kulit. Terdapat dalam 5 warna pilihan termasuklah Natural Ivory, Light Beige, Nude Beige, Natural Beige dan Rich Honey.
Ianya bersesuaian buat kulit dari yang paling cerah hinggalah buat mereka yang bertona hitam manis.
Boleh dapatkan Chriszen Match Matte Serum Foundation pada harga RM65.90 di mana-mana gedung Guardian seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, boleh klik [facebook.com/chriszenofficialpage].