Fesyen

Bergaya Dengan Beg Tote Floral Rekaan Neelofa Eksklusif Di Guardian

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Bergaya Dengan Beg Tote Floral Rekaan Neelofa Eksklusif Di Guardian

Bersempena musim bunga/panas, selari bagi memeriahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak, semalam Naelofar dengan kerjasama Guardian Malaysia tampil dengan tiga rekaan beg tote eksklusif yang dihiasi motif floral menggoda yang diberi nama RED BLOSSOMS, NATURE BEAUTY dan FLORAL SERENITY.

Untuk pengetahuan semua, apabila ditanya tentang inspirasi rekaan, Neelofa ada menyatakan yang belaiu sememangnya sukakan elemen floral bunga-bungaan, justeru apabila mendapat tawaran untuk menjalankan kerjasama bersama Guardian Malaysia, beliau tidak mahu menolak sebaliknya berasa bangga untuk menghasilkan rekaan beg yang boleh digayakan secara universal oleh wanita di semua peringkat umur.

Foto -Arkib Wanista

Bagi Guardian Malaysia pula, selaku toko barangan kesihatan dan kecantikan kegemaran ramai, pihaknya menyatakan bahawa kerjasama bersama Naelofar ini adalah salah satu inisiatif istimewa yang diketengahkan bagi menyambut mesra bulan Ramadhan bagi semua masyarakat Muslim di negara.

Comel sangat tote beg Naelofar x Guardian. Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, Guardian Malaysia juga akan menganjurkan sambutan bertema “Seiring Ramadan” sekaligus memberikan potongan harga sebanyak 50% bagi beberapa barangan terpilih sepanjang bulan puasa.

Pelanggan layak mendapatkan beg tote Naelofar  x Guardian pada harga cuma RM17.90 di pasaraya Guardian di seluruh Malaysia apabila membeli mana-mana produk sponsor seperti Maybeline, Sunsilk dan Nivea di Guardian berjumlah RM20 atau mana-mana produk bukan sponsor bernilai RM30.

Dari kiri: Red Blossoms, Nature Beauty dan Floral Serenity.

Stok beg tote Naelofar x Guardian adalah terhad, pelanggan dinasihatkan untuk lekas mendapatkannya sebelum kehabisan stok. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/Guardianmy].

BACA  Makin Tua Makin Segak, Keanu Reeves Jadi Wajah Baharu Jenama Saint Laurent