Makanan

Cara Nak Panaskan Pizza Semalam Kekal Sedap Dan Tak Liat

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Cara Nak Panaskan Pizza Semalam Kekal Sedap Dan Tak Liat

Siapalah dalam dunia ini tidak sukakan pizza, kecuali ibu penulis biasalah orang dulu-dulu.

Lebih lagi ia kini mudah didapati dan mana-mana restoran pizza pasti menyediakan servis penghantaran terus ke muka pintu. 

Pizza memang enak jika dihidang panas, fresh dari ketuhar dan paling best bila ia tebal dengan keju. Jika anda gemar makan pizza tapi tidak mampu menghabiskan satu kotak mungkin timbul rasa sedih sebab pizza yang panas, bau keju bertukar sejuk dan liat pada keesokan harinya. 

Sebenarnya kita semua telah melakukan teknik yang salah untuk reheat pizza. Mari Wanista ajar pembaca tips yang tepat untuk memanaskan pizza semalam. 

Kesalahan: Guna microwave

Wanista menggunakan microwave sudah menjadi perkara biasa kerana ia pantas dan tidak perlu menunggu seperti tunggul dihadapan dapur. Hanya tekan, pilih masa dan biar begitu sahaja. Namun microwave tidak memanaskan pizza secara menyeluruh. Anda akan dapat rasa bahagian tengah pizza masih sejuk dan rotinya pula akan jadi liat.

Foto – Flickr

Cara betul:

#1 Kuali leper besi

Jangan terlalu malas dan ya cara yang paling tepat ialah menggunakan teknik pemanasan didapur dengan kuali leper. Anda boleh kawal api dapur dan kawalan hangat dari kuali juga lebih bagus dari microwave.

Foto – Southern Kitchen
#2 Guna api sederhana

Kawal api dapur dengan tahap sederhana supaya ia masih mengekalkan rasa rangup pada kerak tepi pizza. Anda tidak perlu menambah minyak ketika memanaskan pizza tapi anda harus bijak mengawal api. Jika api terlalu besar, pizza boleh hangus pula.

#3 Tutup

Semasa memanaskan pizza pastikan anda tutup kuali dengan penutup supaya suhu dijaga secara menyeluruh. Cara ini juga untuk memanaskan setiap lapisan pizza lebih baik. 

Foto – MSN.com
#4 Cucuk

Sama seperti masak kek, anda kena cucuk sedikit menggunakan garfu untuk memastikan pizza cukup panas dibahagian dalam. Kalau masih sejuk, jaga api dan tunggu lagi beberapa minit.

Foto – foodformyfamily.com

Senang sahaja untuk nak dapatkan semula rasa enak dari pizza semalam rupanya! 

RUJUKAN

BACA  Alasan Sebenar Kenapa Buah Oren Dijual Dalam Beg Jaring Merah