Secara tiba-tiba dunia digemparkan tentang penurunan takhta Maharaja Akihito dan sekaligus menyerahkan segala tanggungjawab diraja kepada anakanda, Putera Naruhito. 1 Mei 2019 telah meletakkan Jepun dibawah pemerintahan diraja yang baharu iaitu era Reiwa yang dimaksudkan sebagai era diraja yang hidup didalam arus permodenan. Meninggalkan era Heisei yang telah dipegang oleh Maharaja Akihito selama 30 tahun dari 7 Januari 1989.
Disebalik pertukaran kuasa ini berlaku ramai yang mula ingin mengenali Maharani baru Jepun iaitu Maharani Masako yang dahulunya lebih banyak mendiamkan diri. Maharani Masako sememangnya sangat cantik dan dilihat dari raut wajahnya seorang yang ayu dan berjiwa penyayang. Tidak kurang juga yang membandingkan Maharani Masako dengan bonda mertuanya, Maharani Michiko. Dapatkah Maharani Masako menggalas tugas baharu beliau dengan baik?
Pendapat Wanista, beliau boleh dan mungkin melakukan dengan lebih baik. Alasan untuk jawapan itu, mari Wanista buktikan dengan fakta-fakta menarik tentang Maharani Masako dibawah.
#1 Anak kepada diplomat Jepun yang kerap berhijrah ke beberapa negara, sekaligus Maharani Masako dapat menguasai lima bahasa iaitu Jepun, Inggeris, Rusia, Perancis dan Jerman.
#2 Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Harvard dan menyambung pelajaran semula di Oxford dalam bidang Perhubungan Awam namun hanya selama dua tahun dan tidak dapat menghabiskan thesis tanpa memberi sebab.
#3 Berjaya berkidmat sebagai pegawai diplomatik dan berurusan dengan 30 negara kaya bagi mempromosikan ekonomi dan mengeratkan hubungan dua hala negara.
#4 Tiga kali menolak lamaran Maharaja Akihito dengan alasan tidak mahu kebebasan diambil dan ingin mencapai impian.
#5 Akhirnya berkahwin juga dan menjadikan Maharani Masako merupakan rakyat marhean ketiga masuk dalam keluarga diraja Jepun mengikuti langkah ibu mertuanya. Maharani Michiko dan adik iparnya, Puteri Kiko.
#6 Pernah mengalami tekanan mental selepas keguguran dan melahirkan anak perempuan, Puteri Aiko. Maharani Masako menerima banyak desakan dari pihak diraja kerana tidak melahirkan anak lelaki iaitu pewaris takhta.
#7 Walaupun kini Maharaja Akihito dan Maharani Masako mengungguli takhta, lambat laun juga ia akan jatuh kepada anak saudara mereka Putera Akishino kerana dia satu-satunya pewaris lelaki setakat ini.
#8 Maharani Masako pernah derita selama empat tahun gara-gara tekanan dari pihak diraja dan Maharaja Akihito ketika itu mohon untuk rakyat menyokong dan memberi ruang kepada isterinya. Malah Maharaja Akihito juga pernah menegur agensi diraja kerana memberi tekanan tentang pewaris lelaki dan seolah-oleh menghalang impian Maharani Masako untuk menjadi diplomat.
#9 Pada ulang-tahun kelahirannya yang ke-55, Maharani Masako pernah meluahkan rasa bimbang tentang tanggungjawab yang bakal digalas sebagai Maharani. Namun dengan bersikap optimis beliau akan berusaha demi kebahagiaan rakyat Jepun.
Tak sangka dalam diam Maharani baru dari Jepun ini bukan calang-calang. Bijak, berkaliber dan walaupun pernah dilanda kontroversi beliau tahu untuk mengawal. Kalau bab akademik, senang cerita Meghan Markle kalah dengan Maharani Masako. Oopss!