Bak perumpaan Inggeris “aging like fine wine”! Itu yang boleh diibaratkan buat hero Matrix Keanu Reeves.
Sudah meniti usia senja tetapi beliau masih segak, kacak, malahan tampan. Kesemuanya berbaloi selepas jenama mewah Saint Lauren mengambilnya menjadi wajah baharu untuk koleksi tersebut.
Saint Lauren baru sahaja mengumumkan bahawa Keanu Reeves dipilih manjadi wajah untuk koleksi lelaki musim luruh/sejuk. Pengarah kreatif Saint Lauren, Anthony Vaccarello mendedahkan berita tersebut di media sosial dengan berkongsi beberapa keping imej menakjubkan yang diambil oleh jurugambar David Sims.
Ternyata perkhabaran tersebut mendapat reaksi positif dari Internet. Sifat introvert yang dimiliki serta kerendahan hati dan pemurahnya membuatkan netizen bersetuju dengan pemilihan tersebut. Jadi tidak hairan kenapa netizen makin jatuh cinta dengan aktor 54 tahun ini.
Kenapa Netizen Sayang Sangat Pada Keanu Reeves?
Bila aktor kacak ini dengan senang hati memberi makan ikan di taman.
Melepak bersama dengan golongan gelandangan untuk mendengar cerita hidup mereka. Paling Cool okay!
Tak pedulikan fesyen sampai kasut yang koyak di-sellotape sahaja.
Senang menggunakan pengangkutan awam sahaja.
Khabarnya, untuk setiap filem yang dia berlakon, dia akan menyumbangkan sebahagian besar pendapatan kepada badan amal dan hospital.