Dekorasi

Demi Keselamatan, IKEA Tegas Pulangkan Almari Berlaci SUNDVIK

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Demi Keselamatan, IKEA Tegas Pulangkan Almari Berlaci SUNDVIK

Komited menyediakan servis dan produk berkualiti buat para pelanggan, IKEA Malaysia tegas memanggil mana-mana pembeli yang memiliki item jenis SUNDVIK -berbentuk meja bertukar/ berlaci unuk bayi agar memulangkannya kembali untuk tujuan pembaikan.

IKLAN

Hal ini ekoran beberapa kejadian dan laporan yang diterima dari luar negara yang menyatakan bahawa meja bertukar tersebut memiliki kekunci yang longgar sehingga menyebabkan bayi terjatuh draipada bahagian meja pelipat laci tersebut.

Foto -IKEA

Demi keselamatan pengguna, IKEA akan menjalankan servis pembaikan terhadap kekunci di bahagian meja pelipat secara percuma, agar ianya lebih kukuh bagi mengelakkan kejadian yang tidak diigini.

Buat masa ini, 3 laporan insiden telah diterima namun bukanlah dari Malaysia.

Untuk proses pemulangan SUNDVIK ke IKEA, pemilik tidak perlu pun mengemukakan sebarang bukti termasuk resit pembelian unit tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/IKEAMalaysia].