Tak penat ke asyik mesej 24 jam?
Bayangkan tiba di rumah terus sambung mesej padahal baru sahaja berjumpa. Agaknya apa yang dibicarakan sampai tak boleh berenggang.
Memang seronok kalau dapat terus berhubung dengan tersayang walaupun ketika mereka sedang bekerja. Tetapi hanya kerana anda boleh menghantar mesej setiap minit tidak bermakna anda sepatut lakukan. Manalah tahu sebenarnya cara anda itu mengganggu kerja si dia.
Kalau tak nak ganggu, ada cara lain paling comel untuk terus berhubung dan percayalah si dia menghargai anda.
Tulis surat dan letak dalam briefcase/beg si dia
Tidak semestinya surat meluahkan perasaan sayang pada si dia. Memadai sahaja dengan mesej pendek dan manis, tulis dan letakkan dalam beg atau lunch box supaya mereka sentiasa mempunyai sesuatu untuk diingati sepanjang hari. Tulis bagaimana anda teruja untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama, jadi si dia hargai usaha yang anda lakukan.
Buatkan makanan tengahari dan beri kejutan
Tidak perlu hidangan yang merumitkan, memadai yang simple atau makanan kegemaran si dia. Kalau dia suka asam pedas ikan pari, masak asam pedas ikan pari. Kalau suka pasta, cuba google resepi agar anda boleh sediakan untuknya. Jadi, esok hanya panaskan lauk dan berikan kejutan di pejabat.
Janji untuk bercakap tentang hari anda ketika makan malam
Sebelum adanya telefon bimbit, inilah cara yang orang lakukan. Masalah dengan menghantar mesej sepanjang hari ialah apabila ada berdua meluangkan masa makan malam bersama, tidak ada perkara untuk dibicarakan. Anda sudah tahu semua tentang satu sama lain. Simpan semuanya bila makan malam dan bercakap mengenainya sepuas hati.
Ambil masa 15 minit dengan telefon ketika rehat tengahari
Tak payah mesej tapi cukup mengambil masa 15 minit untuk menghubunginya, sekadar bertanya khabar – apa yang dilakukan hari ini, bagaimana hari anda berdua, agenda kerja dan sebagainya yang ringan. Lagi satu untuk mengubati rindu mendengar suara satu sama lain, bayangkan jika anda terjebak dalam long distance relationship.
Hantar gambar paling comel
Daripada kacau si dia dengan menghantar mesej, anda boleh menghantar gambar anda sendiri. Apa yang anda hantar terpulang kepada anda – yang comel, kelakar, seksi, asalkan sesuatu yang membuatkan si dia happy bila melihatnya. Jangan lupa selitkan mesej ringkas paling sweet atau gurauan senda.
Sekarang korang tak perlu lagi ganggu si dia. Selamat Beramal!