Tirai Ramadhan kian dibuka, rakyat Malaysia pastinya sedang sibuk merancang menu iftar apakah yang bisa mengenyangkan sekaligus memenuhi keinginan selera yang membuak-buak.
Maklum sahajalah, bulan puasa kan adalah bulan yang bebas untuk kita mengambil apa sahaja sajian yang diigini melihatkan sudah sehari suntuk menahan lapar dan nafsu.
Bagi memenuhi permintaan ramai, Eastin Hotel KL sepanjang Ramadhan ini ada menyediakan khidmat buffet buka puasa yang bertempat di restoran miliknya, Swez Brasserie.
Mengetengahkan tema makanan ala kampung yang pelbagai, dari pilihan gulai hinggalah kepada kerabu, setiap satunya memiliki rasa kemelayuan eksentrik yang buatkan kita teringat akan masakan rumah.
Penulis sendiri sempat merasa air tangan kumpulan chef di Swez Brasserie, Eastin Hotel KL ini. Memang tak dinafikan, semuanya sedap-sedap belaka!
Jangan ketinggalan untuk merasa gulai tekur ikan, kambing bakar yang disalut dengan rempah garing, Apam Balik berinti Durian dan Nangka, Sup Gearbox dan banyak lagi!
Kegemaran penulis sudah tentulah Nasi Briyani yang dimasak dalam buloh ini serta Laksa Sarang Semut yang resepinya diambil daripada negeri Sarawak.
Menariknya Laksa Sarang Semut ini, ia dimakan dengan jala telur garing yang seolah memberi suatu kenikmatan berganda! Sedap teramat.
Bagi pencuci mulut pula, selain kuih-muih Melayu, ada juha dihidangkan kek dan pastri olahan ala Itali. Masuk je mulut, memang sampai pejam mata dibuatnya!
Buffet Ramadhan Icip-Icip Kampungku di Eastin Hotel KL berlangsung dari 6 hingga 2 Jun.
Harga yang ditawarkan adalah RM128/dewasa untuk sebarang tempahan dari tarikh 6 – 12 Mei dan 25 – 2 Jun 2019. Manakala, tempahan untuk buffet dari tarikh 13 – 24 Mei pula adalah RM168/dewasa.
Bagi kanak-kanak, harga buffet adalah separuh dari harga orang dewasa.
Untuk membuat tempahan, sila hubungi 03-76651111.