Perhatian buat pemegang kad keahlian Gold dan Black Sephora, pangkah tarikh dari 1 hingga 5 Mei ini kerana Sephora Malaysia bakal lancarkan pesta jualan murah besar-besaran -beri potongan harga sebanyak 20 peratus untuk kesemua item kosmetik dan barangan kecantikan yang dijual!
Merupakan aktiviti tahunan, ia membuka peluang kepada para pelanggan untuk mendapatkan produk kecantikan kegemaran mereka pada harga yang jauh lebih berpatutan, Sephora’s Private Sale tahun ini ada mengetengahkan beberapa item hangat untuk disambar kamu.
Untuk pengetahuan semua, setiap RM1 yang dibelanjakan, pelanggan layak mengumpul 1 mata ke dalam kad keahlian mereka. Ahli Sephora Gold Members juga berpeluang dapatkan bekas air tumbler edisi terhad dihiasi kilauan emas dengan pembelian RM80 ke atas!
Jangan lepaskan peluang, ini 10 item paling top untuk kamu dapatkan sepanjang Sephora’s Private Sale.
#1 Dior Addict Lip Tattoo: RM132 [BELI]
Ditawar dalam 9 rona natural yang tepat mengikut semua tona kulit. Lip tint jenis matte ini mampu kekal lama pada bibir berjam lamanya dan sangat tahan lasak. (Harga Diskaun 20%: RM105.60)
#2 Supersonic Hair Dryer (harga tak dinyatakan)
Proses mengeringkan rambut pasti jadi semudah ABC bila ada pengering eletronik Dyson Supersonic ini. Rekaannya moden, fungsi muncung yang pelbagai bukan hanya mampu menyebarkan haba secara menyeluruh pada setiap helaian rambut tetapi, ianya juga akan jadikan tekstur rambut terlihat menawan serta-merta!
https://www.youtube.com/watch?v=tpUvFJOeN14
#3 Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex II: RM205 [BELI]
Cantikkan kulit semalaman dengan sapuan cecair ajaib olahan Estee Lauder ini. Sebaik bangun tidur, kulit akan lebih remaja dan kelihatan lembab sempurna. (Harga Diskaun 20%: RM164)
#4 Fenty Beauty Bomb Baby Mini Lip & Face Set: RM99 [BELI]
Agungkan diva Rihanna? Ini masa tepat untuk dapatkan pek duo yang disertai pengilat pipi dan pengilat bibir yang buatkan hasil mekap kamu nampak ekstrem menggoda! (Harga Diskaun 20%: RM79.20)
#5 Foreo Luna Mini 2: RM636 [BELI]
Bagi yang suka tempel mekap tebal di wajah, kamu disaran guna berus pembersih wajah elektronik sebegini. Ia dilengkapi bilah-bilah berus lembut yang diperbuat daripada material silikon, mampu menanggalkan sisa mekap degil dan kotoran yang terperangkap dalam pori. (Harga Diskaun 20%: RM508)
#6 Fresh Soy Face Cleanser: RM67 [BELI]
Diakui kebanyakan pengguna sebagai pencuci yang sangat berkesan melawan kerosakan wajah. Sesuai untuk semua jenis dan keadaan kulit, ianya membersih secara lembut malah mampu menghilangkan sisa mekap dan maskara sekaligus, salur kelembapan optimum. (Harga Diskaun 20%: RM53.60)
#7 Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner: RM107 [BELI]
Masih belum jumpa toner wajah yang serasi? Boleh cuba toner kelopak mawar dari Fresh. Mewah sangat kerana setiap helaian kelopak dalam toner ini adalah dari ros sebenar dan ianya sangat menyamankan dan bisa pelihara kulit dari dalam. (Harga Diskaun 20%: RM85.60)
#8 Huda Beauty Nude Eyeshadow Palette: RM275 [BELI]
Palet pembayang mata yang berasaskan rona tanah, ungu dan kemerahan ini adalah apa yang kamu perlu untuk menghasilkan satu riasan mata paling glamor from day to night. Dengar kata ini adalah palet pembayang mata yang paling hit buat masa ni! (Harga Diskaun 20%: RM220)
https://www.youtube.com/watch?v=4HR79-dxXzI
#9 Huda Beauty Kayali Elixir | 11 EDP: RM345 [BELI]
Haruman mewah ciptaan MUA terkemuka Huda Beauty yang terdapat dalam pilihan botol elegan berukuran 50ml dan 100ml ini adalah diinspirasikan dari kekayaan warisan serta sofistikasi bumi timur tengah. Dapatkan semasa Sephora’s Private Sale bermula esok! (Harga Diskaun 20%: RM276)
#10 Kat Von D Tattoo Liner: RM93 [BELI]
Celak yang mudah digunakan dari jenama Kat Von D Beauty ini sudah memenangi banyak anugerah kerana kualiti dan kemampuannya untuk mencipta solekan mata dramatik secara ringkas. (Harga Diskaun 20%: RM74.40)
Sephora Malaysia menjemput semua beauty enthusiast untuk turut serta dan menyambar seberapa banyak alat solek kegemaran kamu pada harga murah.
Serbu mana-mana cawangan Sephora berdekatan atau beli sahaja menerusi laman sesawang Sephora Malaysia [DI SINI] sebelum menyesal kemudian. Sephora’s Private Sale cuma untuk lima hari saja tau?!
Happy shopping! ❤