Fesyen

Jom Bergaya Ala ‘Couple Look’ Ikut Cara Putera William Dan Kate Middleton

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Jom Bergaya Ala ‘Couple Look’ Ikut Cara Putera William Dan Kate Middleton

Korang nak bergaya ‘couple look’ dengan pasangan tercinta?

Mungkin boleh sedondon kemeja, t-shirt, kaca mata, warna rambut atau apa sahaja dengan kekasih, tunang atau suami.

Sebelum ini, Wanista ada keluarkan artikel tips untuk tampil fesyen ‘couple look’ paling comel yang tidak menjengkelkan orang sekeliling. Serius, tips ini langsung tak buat kamu dan pasangan rasa janggal.

View this post on Instagram

❤️

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Baca : Sama Tapi Tak Sama! Tips Fesyen ‘Couple Look’ Untuk Yang Dilamun Cinta

Ingatkan orang Korea, pasangan Datin Eina Azman dan suami sahaja yang gilakan couple look, tapi pasangan diraja kesayangan ramai Putera William dan Kate Middleton juga tak kurang hebatnya. Kalau pakaian tak sama, pasti ada beberapa helaian yang senada sama. Ringkas tapi manis dilihat!

Putera William dan Kate Middleton merupakan pasangan yang bergaya. Sebagai contoh, ketika zaman dating, pasangan ini acapkali mengenakan pakaian yang sedondon, walaupun langsung tidak sepakat.

Foto – Insider

Bila masing-masing memilih mengenakan topi cowboy yang sedondon ketika lawatan ke Calgary pada Julai 2011.

Foto – Instagram

Sama-sama sehati sejiwa dengan persalinan biru ketika lawatan rasmi.

Foto – Pinterest

Alahai romantis pasangan ini bermesraan dalam salji tebal mengenakan suit musim sejuk.

Foto – Insider

Pasangan The Cambridges sepakat memakai persalinan baby blue ketika menyambut kedatangan anak lelaki mereka, Putera George.

Foto – Insider

Walau tidak keseluruhan suit tapi Putera William masih menyelitkan warna maroon pada tali leher, dipadankan dengan long coat Kate Middleton.

Foto – Pinterest

Kalau tak mampu from head to toe, cukup dengan hanya beberapa item sama.

BACA  Artis Hollywood Pun Kalah! Fesyen Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2019