Menggabungkan undian tertinggi orang ramai dari sebuah laman sesawang pelancongan terkemuka, loghat atau bahasa New Zealand kini diiktiraf sebagai loghat yang terseksi di dunia dengan hasil lebih 1.5 Juta jumlah undian.
Hal itu kemudian diikuti oleh loghat Afrika Selatan, Ireland, Itali dan Australia yang memenopoli carta loghat bahasa paling seksi!
Khas untuk pembaca sekalian, ini Wanista kongsikan 10 kedudukan teratas yang dikata merupakan loghat atau bahasa terseksi di dunia menurut undian besar-besaran yang dianjurkan BIg 7 Travel.
#1 New Zealand
Menurut orang ramai, dialek New Zealand yanng dikenali sebagai “Newzlid” itu memiliki bunyi yang menawan.
Tonton Perdana Menteri NZ, Jacinda Arden Berhujah
#2 Afrika Selatan
Bahasa Afrika Selatan memiliki ton yang unik apabila rata-rata orangnya menggunakan loghat yang dipanggil “Saffa”.
Tonton Wanita Asing Cekap Berbahasa Afrika
#3 Ireland
Bahasa orang Irish menduduki tangga ketiga sebagai bahasa yang memiliki loghat atau dialek paling seksi dan boleh ia boleh dikatakan mirip bahasa Itali.
Tonton Orang Tempatan Ireland Berbahasa Irish
#4 Itali
Bukan sahaja terkenal dengan sifat lelaki mereka yang rata-rata seksi dan kaum wanita mereka yang sering berpenampilan seksi, loghat atau dialek bahasa yang digunakan mereka juga dianggap seksi oleh orang ramai dan menduduki tempat keempat.
Tonton Pembaca Berita Berbahasa Itali
#5 Australia
Dialek Ausie boleh dikatakan memiliki bunyi yang seakan sama dengan British namun, ianya lebih kompleks dan tak semua mampu menguasinya bahasa tersebut secara kasual. Mungkin perlukan sedikit latihan dan ianya menduduki tanggan ke-5 sebagai loghat terseksi di dunia.
Aktres Jelita Margot Robbie Ajar Dialek Ausie
#6 Scottish
Masih ingat thero dalam filem P.S I Love You ni? Nak tahu mengapa bahasa Scottish diangkat menjadi antara bahasa sepuluh paling top menduduki tangga ke-6, cuba lihat video di bawah.
Aktor Gerard Butler Ajar Bahasa Scottish
#7 Perancis
Sama seperti Itali, bahasa Perancis tidak banyak bezanya. Boleh cuba lihat video di bawah kerana ternyata, dialek Perancis memang diakui sangat seksi lebih-lebih lagi jika wanita yang bercakap.
Wanita Ajar Berbahasa Perancis
#8 Sepanyol
Suka tonton telenovela? Kamu mungkin akan rasa bahasa Mexico adalah bahasa yang sangat seksi. Bahasa Sepanyol menduduki tangan kelapan memiliki dialek terseksi di dunia.
Tonton Video Salma Hayek Mengajar Dialek Mexico
#9 Amerika Selatan
Kalau bercakap tentang Amerika Selatan, mereka adalah masyarakat yang mendiami kawasan perkampungan lapang seperti para Koboi. Ya, mereka lazimnya mampu bercakap laju dan kedengarannya sangat seksi lebih-lebih lagi jika lelaki yang bercakap.
Tonton Aktres Reese Witherspoon Ajar Dialek Amerika Selatan
#10 Brazil Portugis
Penulis akui, bahasa Brazil adalah antara bahasa yang boleh dikatakan seksi kerana dialeknya begitu nyaman untuk didengar ala-ala dialek Sepanyol.
Tonton Penyanyi Pula Fernandes Menyanyi Dalam Bahasa Brazil Portugis
Eh, kenapa agaknya bahasa orang Asia tak pernah dilabel sebagai bahasa atau dialek paling seksi? Sebab orang Asia cakap bunyi bingit! Hehe