Kembara

4 Kota “Hodoh” Ini Dipadam Dari Peta Dunia, Lihat Keadaannya

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
4 Kota “Hodoh” Ini Dipadam Dari Peta Dunia, Lihat Keadaannya

Sebagai seorang manusia yang sudah matang, berapa bijak kamu tentang ilmu Geografi? Tahukah kamu bilangan negara yang wujud di dalam peta dunia sebenarnya tidak lengkap?

IKLAN

Menurut pemahaman saintifik, sebenarnya ada banyak lagi negara yang masih belum diterokai pengembara. Rata-rata kita cuma mahu melawat negara-negara yang popular dan sering didengari hakikatnya, masih ada negara-negara mundur yang wujud dalam realiti tetapi telah dipadamkan dari peta dunia kerana ianya dianggap terlalu jelik untuk diperkenalkan kepada generasi umum.

Kamagasaki, Jepun. Sumber: Blogspot/technicallyjuris

Istimewa untuk membuka minda kamu, Wanista senaraikan 4 negara hodoh yang dipadam malah, tidak pernah wujud dalam peta dunia sehingga ramai yang tidak tahu akan keberadaannya di muka bumi ini.

#1 Kamagasaki, Jepun

Boleh dikira sebagai downtown lapuk yang sebenarnya wujud di bumi Osaka, tempat ini mungkin dianggap ngeri oleh kebanyakan orang untuk dilawati kerana dipenuhi warga tua yang banyak menjadi buruh untuk mendapat sesuap nasi. Keadaan bandarnya sungguh daif sampai ramai penduduk negerinya menjadi homeless dan menginap di jalanan beramai-ramai.

Sumber: Ten Thousand Things

Menurut pengalaman pengembara tegar yang berani mati untuk tinggal di Kamagasaki, kata mereka tanda amaran ada di mana-mana malah kota ini digelar sebagai “Japan’s Biggest Slum” kerana terlalu miskin dan dipenuhi jenayah berbanding kota-kota Jepun lain.

Orang mabuk bergelimpangan di kaki-kaki jalan sekitar Kamagasaki. Sumber: cazalis.org

Kamagasaki umpama bandar terbiar yang sering kamu lihat dalam filem-filem tentang kiamat. Mungkin kerana itulah ia tidak pernah wujud dalam peta dunia.

#2 Guryong, Seoul

Tak percaya kota ini wujud dalam Seoul, Korea… keadaannya sangat menakutkan umpama kota berhantu yang tidak berpenghuni. Meskipun Seoul boleh dianggap sangat maju dengan pelbagai sektor ekonomi, Guryong tidak pernah wujud dalam peta.

IKLAN
Sumber: businessinsider.com

Lebih memusykilkan jarak antara bandar popular Gangnam dengan Guryong adalah sangat dekat dan bisa berjalan kaki sahaja untuk sampai namun begitu, kawasan Guryong yang dikelilingi tempat pembuangan sampah itu cuma dipenuhi rumah setinggan semata dan dihuni lebih 2,500 penduduk bersusia 60 hingga 80 tahun.

Boleh lihat jelas perbezaan pembangunan pesat antara Gangnam (bandar belakang) dan Guryong. Sumber: wordpress/apolloroid

Dengar kata Guryong yang sudah wujud lebih 30 tahun itu sudah dihapuskan untuk membangun bandar baru? Belum dapat disahkan kepastiannya.

#3 “The Jungle”, California

Jangan terkejut jika sebuah hutan di Sillicon Valley pernah menjadi penempatan buat penduduk yang daif sehingga ia tidak pernah muncul langsung di dalam peta. Lebih parah, mereka semuanya umpama hidup dalam longgokan sampah-sarap dan besi-besi buruk.

Sumber: The New York Times

Cuma dikenali sebagai “The Jungle”, kebanyakan penduduknya adalah imigran yang kesempitan namun pada 2014, separuh daripada kawasan “The Jungle” telah dihapuskan pihak kerajaan biarpun ada penduduknya yang memprotes. Ini kerana “The Jungle” mengganggu stratergik kependudukan di Sillicon Valley lalu penghuni di situ semuanya dihalau masuk ke kawasan bandar semula.

Sumber: nypost.com

Daifnya mereka sehingga ada yang membangunkan rumah menggunakan kepingan zink, kain-kain serta kotak untuk berlindung dari cuaca terik dan kedinginan malam.

#4 Sonapur, Dubai

Awalnya, kawasan terpencil yang seolah sengaja disorok oleh kerajaan Dubai ini telah ditemui oleh seorang jurugambar profesional bernama Farhad Berahman asal Iran ini -berjaya membongkar keadaan penempatan miskin tersebut.

Penempatan buruh di Dubai ini memang cantik dari luar tetapi didalamnya, hanya tuhan sahaja yang tahu. Foto -Farhad Berahmann

Meskipun Dubai boleh dianggap antara negara yang paling ramai dihuni jutawan, penempatan yang dikenali sebagai Sonapur ini adalah sangat huru-hara dan didiami oleh imigran pekerja asing yang datang dari pelbagai latar belakang termasuklah warga Pakistan, China, Bangladesh dan ramai lagi. Golongan penduduk di sini adalah buruh paksa yang harus bekerja 14 jam sehari untuk mendapatkan sesuap nasi.

Keadaan dalam penempatan buruh yang kelihatan kotor dan bersepah. Sumber:Farhad Berahman/ berahman.com

Mungkin kerana itu penempatan di sini tidak mempunyai nama rasmi dan cuma dikenali sebagai Sonapur bahkan, ianya tidak pernah wujud dalam peta biarpun di selidik di Google.

Apa-apa pun, banyak sebenarnya yang belum kita ketahui tentang bumi ini. Bersyukurlah kerana kita menghuni di tempat yang selesa ketika ini dan bebas dari kemelut kewangan sehingga membuatkan kita merempat di negara sendiri seperti penduduk di empat wilayah yang dijelaskan tadi.

Keadaan malam di perkampungan Guryong, Seoul. Sumber: Reddit

Ada yang gemarkan pengembaraan? Bolehlah cuba berkunjung ke 4 wilayah di atas untuk lihat sendiri erti realiti kehidupan sebenar.

RUJUKAN 1, 2, 3, 4, 5