Tips - Kesihatan

Alasan Jurulatih Scarlett Johansson Galak Makan Coklat Gelap Sebelum Workout

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Alasan Jurulatih Scarlett Johansson Galak Makan Coklat Gelap Sebelum Workout

Coklat dan senaman bukan kombinasi yang baik!

IKLAN

Tetapi jurulatih peribadi aktres seksi Scarlett Johansson mengatakan sebaliknya malah menggesa orang ramai mengamalkan makan dark chocolate sebelum memulakan latihan workout. Lelaki ini menjelaskan coklat adalah “key” untuk mendapatkan workout terbaik.

Ryan dan Eric Johnson merupakan jurulatih peribadi Scarlett Johansson dan pernah bekerja dengannya untuk filem  “Captain America: Winter Soldier,” “Ghost in The Shell,” dan “Avengers: Endgame.”

Kenapa Perlu Makan Coklat Gelap?

Foto – Nuts.com

Coklat gelap dipercaya memberikan banyak keuntungan bagi kesihatan, terutama bagi kesihatan otot jantung, kerana kandungan flavonol antioksidan.

Pasangan duo ini mengatakan bahawa coklat gelap yang berkualiti (idealnya sekurang-kurangnya 70% koko) telah terbukti melepaskan endorphin yang membuat kita berasa baik. Satu kajian mendapati bahawa orang yang makan coklat tiga kali sebulan mempunyai risiko penurunan jantung sebanyak 13% berbanding dengan mereka yang tidak makan.

“Coklat gelap memberi manfaat kepada fungsi otak kerana ia merangsang sel-sel otak untuk melepaskan dopamine, dan juga mengeluarkan serotonin yang akan menenangkan sistem saraf, ” jelas Eric.

Foto – Medical News Today

Jurulatih ini menggalakkan orang ramai makan coklat gelap sebelum melakukan senaman untuk sebab psikologi. Laporan Food Business News menunjukkan coklat gelap memberi manfaat kepada otak dari segi daya ingatan dan fokus. 

Pengarah Kulinari Sterling-Rice Group Liz Moskow menyatakan bahawa pemakanan coklat pada waktu pagi boleh mempersiapkan diri untuk bekerja sepanjang hari. Kajian itu juga disokong oleh kajian pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan.

Secara saintifik, coklat gelap juga diakui mempunyai khasiat antioksida yang antara lain membantu mengelak penyakit berkaitan jantung.

IKLAN
Foto – The Hollywood Reporter

Jadi selepas ini mungkin anda boleh mengambil coklat gelap kalau nak body persis Scarlett Johansson.

RUJUKAN : 12