Fesyen

Semua Cantik, Video Muzik Taylor Swift “ME” Penuh Dengan Fesyen Paling Mahal

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Semua Cantik, Video Muzik Taylor Swift “ME” Penuh Dengan Fesyen Paling Mahal

Dah tonton video muzik baru Taylor Swift berjudul “ME”?

IKLAN

Kalau belum, cepat tonton sekarang sebab penulis dah obses. Terlalu cantik, warna-warni, cukup menghiburkan. Ditambah pula gubahan muzik yang agak catchy serta bait-bait lirik yang memberi motivasi kepada kita semua.

Dihidangkan dalam warna pastel dari awal hingga akhir, visual yang menampilkan ular era “Reputation” dalam warna yang memikat, rama-rama, hujan lebat pelangi, unicorn serta pesta fesyen yang paling sweet. Menariknya, setiap price tag bagi outfit yang dipakai juga bukan calang-calang.

Highlight adalah dress tutu yang ditaburi bunga dari Monique Lhuillier, suit pastel kuning, kombo dress mini merah jambu, gaun ruffles romantik juga warna merah jambu, serta himpunan aksesori yang memikat.

Jom lihat antara fesyen dengan price tag bikin kamu iri hati…

Monique Lhuillier Velvet Bodice Appliqué Tulle Cocktail Dress ($4,995)

Foto – Youtube

Alexander McQueen Floral Embroidered Jacket ($2,990)

Foto – Youtube

Jennifer Meyer Pink Opal Inlay Heart Ring With Diamonds ($4,750)

Foto – Youtube

Perasan tak kebelakangan ini banyak video muzik tampil warna pastel, contoh BTS “Boy with Luv” feat Halsey.

IKLAN

RUJUKAN