Tak perlu runsing hendak kesana-kemari sambil menghabiskan tenaga dan duit minyak bila perlu bersesak di atas jalan raya, lebih-lebih lagi ketika bulan puasa nanti!
Gedung atas talian ternama, Shopee, tahun ini tampil dengan kempen “Raya Dengan Shopee” untuk memberi peluang kepada kamu -mencari kelengkapan raya dari perkakas rumah hinggalah ke persalinan baharu yang menawan secara efisyen bermula 25 April hingga 6 Jun 2019.
Lebih 600 jenama ditawarkan dengan kenikmatan potongan harga lebih 80% diberikan buat pelanggan yang gemar berbelanja secara atas talian di Shopee manakala, tebusan cashback bernilai lebih 200% juga ada menanti pembeli yang bertuah setiap hari!
Antara aktiviti ganjaran menarik yang turut ditawarkan kepada pengguna yang mengunjungi laman sesawang Shopee juga adalah termasuk Shopee Live, Shopee Quiz, Goyang Shopee dan Shocking Sale di mana, pembeli boleh mendapatkan barangan istimewa terpilih pada harga cuma RM1.
Tidak ketinggalan, dapatkan juga produk dan barangan eksklusif dari jenama-jenama seperti L’Oreal Paris, NIVEA, Eucerin, XES Shoes, B.U.M Equipment, Enfagrow, Sustagen, Drypers, HONOR, Tefal, MR DIY dan banyak lagi pada harga runtuh!
Jangan terkejut, Gedung Rasmi Isetan juga baharu sahaja dilancarkan di Shopee tahu? Ini membuka peluang kepada kamu untuk mendapatkan barangan jualan eksklusif dari Isetan seperti Naraya, Note Cosmetics dan Jean Perry pada harga berbaloi.
Bagi 500 pembeli terawal pula, nikmati potongan harga 20% bila berbelanja sekurang-kurangnya RM50 barangan Isetan dengan menggunakan kod “ISETANRY” sebelum checkout.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/ShopeeMY] atau lawat laman sesawang rasmi Shopee di [shopee.com.my] untuk mula membuat persiapan raya tanpa masalah sekarang!