Kecantikan

Vitamin Pemutih NuFinity White Bernutrisi & Berkesan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Vitamin Pemutih NuFinity White Bernutrisi & Berkesan

Seperti yang kita semua tahu, tomato sangat lazim dengan fungsinya yang mampu memuluskan kulit sekaligus meningkatkan keremajaan kulitjika sering diamalkan sebagai masker.

Terkini, syarikat pengeluar produk kesihatan ternama Apex Biocare Malaysia Sdn Bhd buat julung kalinya memperkenalkan vitamin pencerah NuFinity White yang memfokuskan ekstark tomato sebagai ramuan utama yang pastinya mampu memberi kesan terunggul dalam masa kurang lebih 14 hari!

Sumber: Apex Biocare

Untuk pengetahuan semua, NuFinity White mengandungi tiga ramuan utama yang berasaskan sumber alami termasuklah ekstrak buah melon dan kolagen marin selain ekstrak tomato itu snediri. Dipercayai, ketiga-tiga ramuan itu bisa memberi perlindungan terhadap selaran UVA dna UVB yang mengakibatkan kegelapan kulit.

Rasai pengalaman pemutihan kulit tanpa sebarang rawatan yang memeritkan bila mengamalkan pengambilan NuFinity White yang ternayata berkesan malah, dihasilkan secara berkualiti -100 peratus dengan kerjasama bersama pihak pengeluar di Korea Selatan.

Duta NuFinity, Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping Liew. Foto -Arkib Wanista

Bagi yang berminat, NuFinity White ini hadir dalam kotak yang mengandungi 30 sachet dan harusnya dimakan satu sachet sehari. Adalah baik untuk mengambilnya sebelum bersarapan setiap pagi mahupun sebelum tidur. Boleh dapatkan NuFinity White di mana-mana farmasi terpilih seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [nufinity.com.my/nuwhite].

BACA  Benda Baru Dari #SephoraSpring2019 Wanista Suka Korang Kena Ada