Info Menarik

Kenali Permaisuri Bhutan, Digelar Termuda Dan Tercantik Di Dunia

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Kenali Permaisuri Bhutan, Digelar Termuda Dan Tercantik Di Dunia

Pernah anda terfikir melancong ke negara Bhutan?

Bhutan sebenarnya adalah sebuah negara yang penuh misteri yang tidak ramai orang ketahui. Cuba tanya, berapa ramai sahaja yang mengetahui kewujudan negara Bhutan. Tapi tahukah, walaupun negara tersebut berada dalam posisi terpencil, namun mereka tidak pernah dijajah oleh negara lain. Menurut statistik yang dijalankan oleh kerajaan Bhutan pada tahun 2005, 95% rakyatnya menganggap diri mereka sangat bahagia. Sejak itu, negara ini terkenal dengan gelaran ‘Kingdom Of Happiness’. So kalau datang ke sana, confirm anda makin bahagia dan tenang sahaja.

Ada lagi benda satu yang menarik perhatian dunia ialah permaisuri negara Bhutan diiktiraf paling termuda di dunia. Bayangkan di usia hanya 21 tahun, beliau sudah menduduki takhta permaisuri. Wanita muda ini dan suaminya juga digelar “Will and Kate of The Himalayas.” Siapakah beliau?

1. Jetsun Pema, 28, adalah permaisuri termuda di dunia.

2. Wanita ini menjadi permaisuri Bhutan pada Oktober 2011 di usianya yang baru 21 tahun, ketika mengahwini Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dari Bhutan yang berusia 31 tahun, yang juga dikenali sebagai “Dragon King”.

3. Sebelum mengambil takhta, Jetsun Pema merupakan graduan Regent College di London, di mana beliau mengambil jurusan, hubungan antarabangsa, psikologi dan sejarah seni. Raja muda pula menuntut ilmu di Oxford University.

4. Lebih 50,000 rakyat Bhutan menghadiri hari terakhir perayaan perkahwinan di ChangLeme Thang, Thimphu, Bhutan.

5. Keluarga Jetsun Pema mempunyai hubungan baik dengan diraja. Beliau adalah anak perempuan seorang juruterbang tetapi moyangnya adalah tuan tanah dari wilayah timur Tashigang, dan datuknya adalah saudara dari isteri kedua raja Bhutan yang terdahulu.

6. Beliau terkenal dengan kerja amalnya untuk organisasi seperti Bhutan Red Cross Society, Ability Bhutan Society, dan Bhutan Kidney Association.

7. Merupakan seorang ibu. Beliau melahirkan anak pertama bernama The Druk Gyalsey, Prince Jigme Namgyel Wangchuck pada Februari 2016.

“Dia adalah wanita yang hebat dan pintar. Dia dan saya berkongsi satu perkara yang sama, cinta dan semangat pada seni,” jelas raja muda ini kepada akbar tempatan Bhutan.

Memang terserlah kecantikan semulajadi Jetsun Pema tanpa sebarang solekan. 

RUJUKAN : 123

BACA  Wow! Buat Julung Kali Ratu Elizabeth ‘Main’ Instagram