Tips - Kecantikan

Tak Rumit! Jurusolek Dedah Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Tak Rumit! Jurusolek Dedah Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari

Puteri Diana.

Segala tentangnya kita obses, beliau serba-serbi sempurna dan legasi akan terus mekar sehingga ke hari ini.

Selain bab fesyen, kecantikan semulajadi turut dipuja. Dalam sebuah temubual, jurusolek Mary Greenwell telah mendedahkan bagaimana mendiang Puteri Diana mengekalkan kompleksi kulit wajah yang sempurna. Greenwell pertama kali bekerja dengan mendiang pada sesi fotografi majalah Vogue UK pada tahun 1991.

1. Puteri Diana mengamalkan rejim “cleansing, toning and moisturising” dua kali sehari.

2. Beliau juga akan memastikan mekap ditanggalkan di penghujung hari dan sebelum bersolek, beliau akan membersihkan wajah terlebih dahulu.

Foto – us.hola.com

3. Ruji mekap hariannya adalah bedak asas (yang betul-betul sesuai dengan tona kulitnya), concealer, ( untuk menyerlahkan bahagian mata), maskara, sedikit blush dan gincu.

4. Greenwell juga mendedahkan yang dia pernah menasihatkan Diana supaya menyapu maskara sehingga bahagian akar bulu mata sekali jika dia bersolek sendiri.

5. Jurusolek tersebut juga menyarankan supaya Puteri Diana tidak memakai penggaris mata warna biru kerana ia tidak akan menyerlahkan matanya yang berwarna sama. Katanya lagi, mendiang adalah seorang yang berani mencuba dan terbuka untuk mencuba penampilan baru.

Foto – sg.news.yahoo.com

6. Diana juga memakai bedak asas yang sedikit tebal tapi masih lagi kelihatan sheer bersesuaian dengan usianya. Menurut  Mary, ketika usia remaja, sapuan pelembap tinted sudah mencukupi tapi apabila usia sudah semakin meningkat, anda memerlukan sesuatu yang lebih daripada itu.

7. Beliau juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidur yang cukup, senaman, diet yang baik dan tidak mengambil alkohol.

Puteri Diana tak minum alkohol tau!

RUJUKAN

BACA  Baru Nak Belajar Mekap? Okay Pergi Beli Barang Ni Sekarang..