Info Menarik

Ini Senarai Penduduk Negara Yang Punya Sifat Pemurah Dari Malaysia

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Ini Senarai Penduduk Negara Yang Punya Sifat Pemurah Dari Malaysia

Terkejut juga Wanista apabila melihat senarai ini dimana nama Malaysia langsung tiada. Malaysia antara negara yang dikenali dengan sifat ramah, pemurah dan sangat membantu. Bukanlah untuk ‘angkat bakul sendiri’ tapi jika berlaku apa-apa bencana dari negara luar pasti rakyat Malaysia yang cepat menghulurkan bantuan tidak kira dari segi sumbangan kewangan ataupun bekalan kecemasan. 

Jika anda pun sependapat dengan Wanista ternyata kita silap tanggapan selama ini! Rupanya ada lagi rakyat dari negara-negara luar lebih pemurah bukan sahaja untuk membantu negara lain tapi untuk dalam negara mereka sendiri juga. Wanista kenalkan negara yang paling pemurah di dunia ialah, Indonesia. 

#1 Indonesia

Negara yang kerap kali ditimpa bencana alam ini merupakan negara paling pemurah didalam senarai 2018 World Giving Index. Ini berdasarkan dari tiga aktiviti utama yang sering dilakukan oleh rakyat Indonesia iaitu menderma wang, membantu orang asing dan menyertai aktiviti sukarelawan. 

Foto – About Indonesia

Bayangkan sehingga 53% rakyat Indonesia menyertai aktiviti sukarelawan dan lagi 78% menderma dan 46% pula gemar membantu orang asing. Menjadikan negara ini menyasarkan 59% lebih tinggi dari negar-negara lain. 

Jadi bagaimana ini boleh terjadi?

Kesan dari pelbagai tragedi gempa bumi, tsunami dan bencana alam yang lain menyebabkan rakyat Indonesia bergesa membantu dan mengeluarkan sumbangan tidak terperi dalam membangunkan semula negara mereka. Malah mereka juga membantu sesiapa sahaja tidak mengira agama, sebagai contoh orang Muslim Indonesia tetap membantu dan memberi bantuan kepada penganut Kristian yang miskin semasa perayaan hari Natal.

Foto – languagealliance.com

Secara globalnya wanita Indonesia yang paling ramai menyertai sukarelawan berbanding negara-negara lain. Iaitu sebanyak 48%! 

Isu kurang percaya pada kerajaan juga penyebab utama rakyat Indonesia lebih gemar mengeluarkan wang mereka sendiri untuk memberi bantuan. Maknanya mereka lebih suka buat cara sendiri daripada menunggu bantuan kerajaan. Namun kajian dari 2017 Organization for Economic Cooperation and Development  mendapati 80% rakyat Indonesia masih yakin dengan integriti kerajaan mereka. 

Foto – Tech in Asia

Kita sudah tahu Indonesia mengungguli senarai teratas dan ini pula senarai negara yang mengikuti belakang iaitu Indonesia, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Ireland, United Kingdom, Singapura, Kenya, Myanmar dan Bahrain.

Jangan bimbang ini hasil ranking tahun 2018, jadi tahun 2019 mari kita buktikan Malaysia juga adalah pemurah seperti mereka juga. 

SUMBER 1 & 2