Halsey..nama yang mula menjadi bualan rata-rata peminat Kpop apabila muncul secara eksklusif pada muzik video dan lagu terbaru kumpulan BTS ‘Boys with Luv’. Kolaborasi membuatkan Halsey bukan sahaja dikenali di arena muzik barat malah sudah masuk ke pasaran Asia. Kalau yang masih belum ramai mengenali Halsey, sebenarnya dia sudah lama menapak dalam industri muzik dunia. Malah angka pengikut di Instagram juga sudah mencecah 12.7 juta.
Ramai pula mengata yang Halsey mahu menumpang populariti BTS, eh excuse me Halsey juga punya bakat tersendiri dan latar belakang muzik yang hebat. Malah BTS dan Halsey saling respect masing-masing punya bakat, fans pula yang melebih-lebih.
Buat anda yang iri hati dengan penampilan Halsey dalam muzik video BTS tak perlu susah stalk Halsey. Mari Wanista kenalkan anda tentang wanita berbakat ini.
#1 Terkenal selepas duet bersama The Chainsmoker dalam lagu ‘Closer’. Ingat lagi tak?
#2 Kebanyakan lagu hits Halsey ialah hasilan nukilan dia sendiri. Hebat!
#3 Pernah bercinta dengan rapper terkenal G-Eazy dan kemudian berpisah selepas penat mengharungi pasang-surut dalam hubungan mereka.
#4 Pernah mencuba untuk membunuh diri selepas bergelut dengan masalah mental dan emosi pada umur 17 tahun.
#5 Berkulit putih tetapi sebenarnya Halsey kacukan darah orang putih(ibu) dan kulit hitam (bapa) dari New Jersey.
#6 Mengaut tiga kali trofi kemenangan dalam anugerah Billboard Music Award dalam pelbagai kategori.
#7 Mengagumi BTS sejak 3 tahun lalu, malah dia paling teruja dapat bertemu dengan barisan jejaka kacak tersebut.
ok i just met @BTS_twt and they are the coolest! 🙏🏼🌺🌸 WOW
— h (@halsey) May 21, 2017
Jadi apa pendapat kamu tentang Halsey?