Makanan

Henti Makan ‘Fast Food’ Untuk 7 Hari, Badan Akan Jadi…

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Henti Makan ‘Fast Food’ Untuk 7 Hari, Badan Akan Jadi…

Secukup rasa, mudah didapati, 24 jam dijual dan harganya berpatutan itulah diantara punca ramai orang kini memilih untuk makan makanan segera berbanding makanan biasa. Kajian di Amerika Syarikat mendapati remaja milenium kini menghabis 45% bajet makan dengan membeli makanan segera. Peratusan ini terus meningkat bagi setiap tahun. 

Kita semua tahu kesan makanan segera terhadap kesihatan kerana ia sudah menjamin tidak memberi apa-apa nutrisi pun pada tubuh badan. Walaupun ia sedap dan menyelerakan tapi kita harus berhati-hati pengambilan yang berterusan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti amnya obesiti, kencing manis dan kerosakan usus. 

Wanista ingin mengajak pembaca semua untuk cuba berhenti makan makanan segera hanya dalam masa tujuh hari dan manfaatnya ialah…

#1 Berat badan menurun

Kandungan kalori pada makanan segera sangat tinggi dan penyebab utama kenaikan berat badan secara mendadak. Jika anda langsung tidak mengambil makanan segera ternyata anda bebas dari kalori tinggi dan sekaligus mengimbangi semula berat badan.

Foto – BecomeGorgeous.com
#2 Beralih kepada makanan nutrisi

Ya! Bila anda elak dari makanan segera ternyata anda akan memilih sumber makanan yang segar dan kaya dengan nutrisi. Imunisasi badan lebih kuat dan memberi tubuh kebaikan yang membolehkan ia berfungsi dengan baik seperti penghadaman yang lancar.

Foto – Medical News Today
#3 Kulit jadi lebih bersih

Tertanya-tanya kenapa kulit semakin lebat tumbuh dengan jerawat? Jawapannya ada pada carta pemakanan kamu. Buang duit sahaja kalau melabur pada produk luaran tapi secara dalaman anda lupa. Kulit yang sihat dan bersih datang dari amalan pemakanan yang sihat juga.

Foto – Goop
#4 Tidur nyenyak

Tanpa disedari kandungan gula yang tinggi dalam makanan segera boleh menganggu waktu tidur anda. Jika berhenti dari mengambil makanan tinggi gula secara tidak langsung tidur jadi lebih nyenyak dan berkualiti. Malah bangun tidur tidak rasa malas dan segar!

Foto – sleepwellbc.ca
#5 Mood lebih baik

Penggemar makanan segera sebenarnya sentiasa dalam keadaan mood yang tidak elok. Lebih membimbangkan apabila ia boleh membawa pada masalah depresi. Jadi cuba stop makan makanan segera tapi beralih pula untuk memilih makanan yang membina ketahanan mental dan emosi.

Foto – Oprah.com

Macam mana tujuh hari jer tapi lagi lama lagi bagus!

SUMBER 

BACA  Syarikat Gula-Gula "White Rabbit" Berang, Bakal Saman Jenama Aiskrim