Kesihatan

Tips Pulihkan Tekanan Darah Rendah Tanpa Ambil Ubat

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tips Pulihkan Tekanan Darah Rendah Tanpa Ambil Ubat

Tekanan darah rendah boleh menganggu aktiviti seharian seseorang dan ada yang berpendapat masalah tekanan darah rendah tidaklah serius seperti tekanan darah tinggi. Namun begitu anda kena sentiasa waspada kerana tekanan darah rendah boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan terutama melibatkan fungsi-fungsi organ penting dalam badan. 

Biasanya simptom yang boleh dikenalpasti ialah mudah letih, lesu, terasa pitam dan pening kepala. Simpton yang lebih kritikal pernafasan serta degupan jantung lebih laju, denyutan nadi lemah dan membawa kepada kesan strok, serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang. 

Jika anda menghidap masalah darah rendah, jangan risau ia boleh dipulihkan dengan cara semulajadi tanpa perlu mengambil ubat-ubatan. Tapi dengan syarat anda haruslah berdisiplin dan sebaiknya mendapatkan nasihat doktor dahulu.

Foto – WebMD

#1 Tambah garam

Bagi penghidap tekanan darah rendah anda diberi peluang untuk lebihkan garam dalam diet makan. Namun anda dinasihatkan mengambil dengan kadar yang sederhana supaya boleh membantu meningkatkan tekanan darah. 

#2 Silang kaki ketika duduk

Kajian mendapati duduk dengan bersilang kaki dapat meningkatkan kadar tekanan darah dimana bagus untuk tekanan rendah. Walaubagaimanapun ia boleh beri kesan mudarat pada postur badan, jadi anda harus bijak untuk sentiasa mengubah posisi dan tidak terlalu lama melakukannya. 

#3 Minum air 

Air bukan sahaja baik untuk hidrasi tetapi juga membekalkan pelancaran aliran darah. Malah memperbanyakkan lagi sel darah merah. 

Foto – Verywell Health

#4 Makan dengan kerap tapi sedikit

Ubah jadual dan kuantiti pemakanan anda. Cara yang paling baik ialah dengan pengambilan kuantiti yang sedikit tapi makan dengan kerap. Ini adalah untuk mengelak berlakunya penurunan darah secara mendadak. 

#5 Tukar posisi perlahan

Berdiri atau duduk secara tiba-tiba mengundang kepada perubahan aliran darah dan memberi rasa lesu dan pening kepala. Ini kerana jantung tidak dapat mengepam darah dengan cepat ketika posisi berubah. 

RUJUKAN

BACA  Brown Sugar Milk Tea, Minuman Yang Tidak Menyihatkan?