Hiburan

Filipina Remake K-Drama ‘Descendants Of The Sun’, Dingdong Dantes Jadi Song Joong Ki

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Filipina Remake K-Drama ‘Descendants Of The Sun’, Dingdong Dantes Jadi Song Joong Ki

Ada sesiapa yang meminati aktor Filipina Dingdong Dantes? Aktor seksi dan hebat yang menjadi tunjang utama drama Marimar, yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia suatu masa dahulu.

Terkini dilaporkan Filipina bakal menerbitkan drama remake ‘Descendants Of The Sun’. Ya! Suami kepada aktres Marian Rivera dipilih menjadi “Big Boss” atau Captain Yoo Si-Jin lakonan Song Joong Ki.

Foto – www.dramafever.com

“Big Boss” atau Captain Yoo Si-Jin ialah seorang kapten untuk sebuah unit Pasukan Operasi Khas Korea Selatan. Sebagai seorang tentera, dia bersedia membunuh untuk melindungi nyawa dan negara, bahkan sangat dedikasi dalam menjalankan tugasan sehingga terpaksa meninggalkan orang yang tersayang, Doctor Kang Mo-yeon, dimainkan oleh Song Hye Kyo.

Pemilihan Dingdong bukanlah asing lagi, dia sering muncul memainkan watak aksi di kaca televisyen. Lagi yang menarik sejak DOTS versi Filipina diumumkan, rata-rata netizen teruja untuk mengetahui siapa yang akan menjadi Doctor Kang Mo-yeon. Beberapa nama yang dipetik ialah Marian Rivera, Heart Evangelista, Jennylyn Mercado dan juga Carla Abellana.

Foto – Cosmo.ph

Siapa yang anda rasa?

RUJUKAN : 12, 3

BACA  Lily Collins Dah 30 Tahun? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dia